Pembayaran BPR Tambahan PEMERKASA+ Dibuat Bermula 29 Jun 2021

Pembayaran BPR Tambahan PEMERKASA+ Dibuat Bermula 29 Jun 2021

Berita baik kepada semua! Seperti yang diumumkan Perdana Menteri melalui sidang khas perkenalan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dimana bayaran tambahan bagi BPR PEMERKASA+ akan dibuat bermula 29 Jun 2021 secara berperingkat.

Bayaran tambahan ini melibatkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak golongan isi rumah berpendapatan kurang RM2500 akan dapat tambahan RM500, isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 dapat RM300 dan bujang berpendapatan kurang RM2,500 dapat RM100.

Bayaran BPR Tambahan PEMERKASA+ Melalui BSN

Bagi mereka yang telah buat rayuan sebelum ini dan juga pernah menerima bantuan BPR, anda boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  • Layari laman web BPR di bpr.hasil.gov.my
  • Hubungi LHDNM Hotline BPR melalui talian 1-800-88-2747

Pembayaran Terus Kepada Akaun Bank

Pembayaran BPR Tambahan PEMERKASA+ melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada Bank Simpana Nasional (BSN).

Jadi pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara tanpa dikenakan caj RM1 bagi urusan pengeluaran tunai antara bank buat masa ini.

Pembayaran Secara Tunai

Untuk pembayaran secara tunai pula, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN selepas berjaya dalam buat semakan seperti yang dipaparkan di atas.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi perunaian BPR Tambahan PEMERKASA+. Sila patuhi SOP yang ditetapkan ketika hadir di kaunter cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelangggan BSN melalui talian 1300-88-1900


sumber : facebook BSN

Post a Comment

Previous Post Next Post