SOP PKP 3.0 Diperketat, Kerja Dari Rumah Dipertingkat Dan Operasi Perniagaan Hanya Sehingga 8 Malam

sekatan tambahan sop pkp 3.0

Berikutan kes baharu COVID-19 harian terus meningkat dari hari ke hari, selepas mesyuarat bersama MKN dan KKM, Kerajaan bersetuju untuk mengetatkan lagi SOP PKP 3.0 terutamanya bagi peratusan Kerja Dari Rumah dan perniagaan dibenarkan beroperasi diawalkan iaitu hanya sehingga 8 malam sahaja.

Pengumuman ini dibuat dalam sidang media khas oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Sri Ismail Sabri bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham yang berlangsung serentak.

Dalam sidang media tersebut, Ismail Sabri juga mengumumkan 2 strategi untuk mengurangkan pergerakan rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini iaitu kurangkan pekerja yang bekerja di pejabat serta hadkan waktu operasi bagi sektor ekonomi terutamanya bagi sektor perniagaan.

Sekatan tambahan bagi PKP 3.0 ini akan berkuatkuasa pada 25 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021. Ianya melibatkan seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan Labuan 

Kurangkan Pekerja Yang Bekerja Di Pejabat

Kerajaan bersetuju dimana 80% kakitangan kerajaan akan diarahkan untuk Work From Home (WFH) yang mana ianya melibatkan seramai 750,000 kakitangan. Manakala bagi sektor swasta, akan melibatkan sebanyak 40% yang akan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang mana sebelum ini hanya 30% sahaja.

Oleh itu, bagi sektor swasta hanya 60% kapasiti kehadiran pekerja operasi dan pengurusan dan 20% bagi perkhidmatan awam yang bekerja di pejabat kecuali kakitangan sektor perkhidmatan perlu dan barisan hadapan.

Waktu Operasi Perniagaan

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga berkata akan mengehadkan tempoh masa operasi perniagaa. Kedai dan gerai makan, stesen minyak serta kedai runcit hanya dibenarkan beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam sahaja (bukan lagi 10 malam seperti sebelum ini). Walaubagaimanapun farmasi dibenarkan operasi sehingga 10 malam.

Untuk stesen minyak yang berada di lebuh raya dibenarkan beroperasi untuk 24 jam. Hospital, makmal perubatan dan klinik juga dibenarkan beroperasi untuk 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.

Selain itu, Kerajaan juga akan mengehadkan kapasiti pengangkutan awam dimana bermula selasa ini, hanya 50% kapasiti penumpang sahaja dibenarkan selain kekerapannya juga akan dikurangkan.

Untuk maklumat lanjut dan penerangan lebih terperinci berkaitan sekatan tambahan SOP 3.0, anda boleh muat-turun di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my atau klik link dibawah

Tambahan Sekatan SOP PKP 3.0/link/button/

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0

sekatan tambahan sop pkp 3.0



Post a Comment

Previous Post Next Post