Senarai Perkhidmatan Perlu yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang 'Total Lockdown' Bermula 1 Jun Ini

Senarai Sektor Perkhidmatan Perlu yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang 'Total Lockdown' Bermula 1 Jun Ini

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri hari mengumumkan dalam sidang khas senarai sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh 'Total Lockdown' bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Senarai Perkhidmatan Perlu

1)  Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan

2)  Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar

3)  Air

4)  Tenaga

5)  Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan

6)  Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembentungan

7)  Pengangkutan melalui darat, air dan udara

8)  Perkhidmatan dan pengusaha pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi

9)  Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)

10)  Pebankan, insuran, takaful dan pasaran modal

11)  Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)

12)  E-dagang dan teknologi maklumat

13)  Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir

14)  Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)

15)  Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal

16)  Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar

17)  Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

Senarai Bagi Perkhidmatan Perlu Lain Yang Dibenarkan Beroperasi

Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan stor yang mempunyai seksyen makanan dan minuman serta keperluan asas

18)  Restoren

19)  Dobi (termasukn layan diri)

20)  Kedai cermin mata dan barang optik

22) Kedai hardware

23)  Bengkel kenderaan, penyelengaraan dan alat ganti

24) Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)

BACA : Senarai Aktiviti Dan Perkhidmatan Yang Tidak Dibenarkan Semasa 'Total Lockdown'

Untuk SOP penuh dan sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang 'Total Lockdown' ini, anda boleh dapatkan di pautan MKN di www.mkn.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post