PKP SELURUH NEGARA BERMULA 12 MEI INI - PM

PKP SELURUH NEGARA BERMULA 12 MEI INI - PM

Perdana Menteri melalui kenyataan mengumumkan dimana telah membuat membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di SELURUH NEGARA berkuat kuasa pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Keputusan ini dibuat selepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mengenai Pengurusan COVID-19 hari ini.

Sehubungan dengan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Kerajaan bersetuju untuk mengambil langkah yang lebih tegas bagi mengekang penularan wabak tersebut dalam masyarakat.

Kita juga sedia maklum, dengan jumlah kes harian melebihi 4000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional. Ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

SOP Sepanjang PKP 3.0

Oleh itu, Kerjaan bersetuju untuk menetapkan SOP atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti berikut:

  • Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh (PJJ)
  • Larangan semua bentuk perhimpunan sosial seperti kenduri, majlis makan malam, seminar, persidangan dan sebagainya Majlis akad nikah dibenarkan berdasarkan SOP daripada pihak berkuasa agama Islam negeri.
  • Larangan semua aktiviti suka kecuali sukan individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman
  • Semua institusi pendidikan ditutup kecuali pusat asuhan kanak-kanak, tabika, taska dan tadika
  • Hanya 3 orang sahaja di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing
  • Dine-in direstoran dan kedai makan adalah tidak dibenarkan. Hanya take-away atau secara pandu lalu
  • Majikan diwajibkan melaksanakan dasar Work From Home (WFH)
  • Ziaran rumah ke rumah dan ziarah kubur ketika aidilfitri adalah tidak dibenarkan
  • Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi tempat yang boleh memuatkan 1,000 jemaah dan 20 orang bagi tempat yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 orang. Juga terpakai untuk solat fardhu dan solat jumaat
  • Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan

Sepanjang tempoh ini, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi

Kita masih belum menang...


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post