Kementerian Kewangan melalui Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah mengumumkan inisiatif untuk belia melalui program eBelia dimana mereka akan peroleh kredit e-Tunai sebanyak RM150.
Pada awalnya, program eBelia ini diumumkan di bawah Belanjawan 2021 yang memperuntukan RM200 juta iaitu menyalurkan hanya RM100 kredit e-Tunai tetapi menerusi PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan kepada RM300 juta.
Ini bermakna setiap belia atau pelajar IPT yang layak akan mendapat tambahan RM50 dan menjadi RM150 e-kredit setiap seorang.
Program ini bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.
Penebusan RM150 e-Tunai Melalui Program eBelia
Inisiatif eBelia ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 4) dan ke atas di IPT berdaftar. (lahir pada tahun 2001 hingga 2003)
Penebusan kredit RM150 tersebut boleh dibuat bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut perlu dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021 sahaja.
Selain menerima kredit, mereka yang layak juga akan disertakan dengan insentif tambahan seperti cashback, baucer, point atau coins berdasarkan penyedia perkhidmatan e-Tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Cara Penebusan e-Tunai RM150
Penebusan kredit melalui program eBelia ini hanya ditawarkan melalui 4 penyedia perkhidmatan eTunai sahaja iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.
Jadi kepada yang layak digalakkan untuk mengemaskini akaun di aplikasi e-Tunai masing-masing atau muat turun aplikasi yang terlibat sebelum 1 Jun bagi melacarkan penebusan e-Tunai pada hari tersebut.
sumber : Kementerian Kewangan