Berita baik kepada mereka yang berumur 18 tahun dan keatas dimana, anda kini boleh mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 daripada jenis pengeluar AstraZeneca untuk pusingan kedua kali ini.
Pada awal minggu ini, pihak Jawatankuasa khas Jaminan Akses Bekala Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah mengumumkan dan membuka pendaftaran bagi menerima vaksin AstraZeneca bagi 5 buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak. Akan tetapi ketika itu, ianya terhad untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas sahaja.
Tempahan Janji Temu Vaksin AstraZeneca Untuk 18 Tahun Dan Ke Atas
Jadi pastinya ini akan memberikan nafas lega kepada mereka yang tertunggu-tunggu bilakah giliran mereka untuk menerima suntikan vaksin. Ianya antara inisiatif diri bagi mendapat lindung diri daripada pandemik ini.
Pendaftaran ini akan dibuka pada 26 Mei 2021 iaitu hari Rabu pada jam 12 tengah hari. Tempahan adalah berdasarkan "first-come, first-served"
Syarat Tempahan Dan Pendaftaran
Pendaftaran dibuka bagi mereka berumur 18 tahun dan ke atas. Selain itu, anda juga mestilah telah mendaftar untuk vaksinasi bersama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menggunakan salah satu kaedah yang diumumkan sebelum ini.
BACA : KKM Kongsikan 5 Kaedah Pendaftaran Menerima Vaksin COVID-19
Tempahan janji temu vaksin AstraZeneca ini hanya bagi mereka yang menetap di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Serawak dan Selangor. Sila pastikan nombor kad pengenalan dan alamat di MySejahtera adalah betul.
Cara Membuat Tempahan
Untuk mendaftar, anda boleh terus ke laman web www.vaksincovid.gov.my dan klik "Mohon Sekarang". Kemudian anda ikuti segala arahan yang diberi atau anda boleh rujuk tatacara atau panduan dibawah
Lindung Diri, Lindung Semua
Untuk info lanjut, boleh ikuti akaun twitter rasmi JKJAV atau menerusi laman web di www.vaksincovid.gov.my