Syarikat Russell Taylors baru-baru ini mengeluarkan notis penarikan semula beberapa produk mereka seperti Air Fryer, Pressure Cooker, Vacuum Cleaner dan banyak lagi.
Pemakluman ini telah disiarkan melalui salah satu akhbar tempatan dan seterusnya dikongsikan oleh orang ramai di media sosial. Tujuan penarikan balik adalah kerana produk ini tidak menepati piawaian SIRIM QAS International seperti yang tertera pada notis tersebut.
Antara produk yang terlibat adalah :
- Air Fryer
- Pressure Cooker
- Bread Maker
- Cake Maker
- Oven Toaster
- Slow Juicer
- Stand Mixer
- Table Blender
- Vacuum Cleaner
- Electric Pressure Cooker
Jadi kepada anda yang memiliki produk jenama Russle Taylors, boleh lah semak jenis model dan nombor siri seperti dalam gambar dibawah.
Tarikh Akhir Dan Cara Pemulangan
Tarikh akhir untuk pemulangan kelengkapan ini adalah 31 Oktober 2021. Kos pemanggilan semula produk ini ditanggung sepenuhnya oleh Black Dots Marketing Sdn. Bhd.
Menurut wakil jualan Russell Taylors Malaysia, Satish masalah ini tidaklah begitu serius kerana ianya hanya melibatkan status labelling yang salah telah dibuat sebelum dihantar untuk testing. Menurutnya lagi, ianya hanya melibatkan masalah pada dokumen sahaja.
BACA : Senarai Jenama Air Fryer Terbaik Di Malaysia Untuk Tahun 2021
Jadi pihak mereka kini sedang bertungkus lumus bagi menyelesaikan masalah ini terutamanya melibatkan pihak SIRIM dan juga pastinya pelanggan yang telah mendapatkan produk-produk ini.
Oleh itu, orang ramai boleh dapatkan product inquiry dengan mesej di Russell Taylors Lazada atau Shopee atau emel mereka di support@russelltaylors.com supaya mereka boleh track order number.
Dengan order number tersebut, pihak RT boleh mencari nombor siri belian anda. Lepas itu, barulah bleh dipastikan jika pembelian anda adalah batch yang bermasalah.
sumber : facebook