Sarawak Mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0

Sarawak Mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0

Hari ini, Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi mengurangkan beban rakyat Sarawak dikala penularan wabak COVID-19 di negeri tersebut yang mana baru sahaja diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh bermula 29 Mei hingga 11 Jun 2021.

Pengumumkan pakej BKSS 6.0 ini yang mana merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan oleh Kerajaan Sarawak dimana 9 langkah pembayaran tunai dan 6 langkah pemberian diskaun. Pengumuman ini juga diumumkan sendiri oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

9 Langkah Pembayaran Tunai (BKSS 6.0)

1)  Insentif untuk ketua isi rumah dan individu bujang B40 berumur 21 tahun ke atas. 

Ketua Isirumah (KIR) B40 akan menerima tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh 6 bulan bermula 31 Julai hingga 31 Disember 2021. Manakala individu bujang B40 akan menerima tunai RM500 secara one-off sekali sahaja mulai 31 Ogos 2021.

2)  Elaun bulanan khas petugas barisan hadapan

Kerajaan negeri akan memberikan elaun bulanan khas kepada petugas barisan hadapan untuk 6 bulan iaitu RM300 (anggota kesihatan), RM200 (kakitangan Imigresen), RM200 (kakitangan PDRM), RM200 (ATM), RM200 (RELA), RM200 (Kastam), RM200 (kakitangan PBT), RM200 (BOMBA) dan RM200 (anggora APM).

3)  Insentif kepada pengamal media barisan hadapan

Kerajaan Sarawak menyediakan pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara one-off atau sekali kepada pengamal media barisan hadapan.

4)  Geran kepada peniaga kecil yang berdaftar melalui Sarawak Pay

Kerajaan negeri akan memberi Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar yang akan dibayar secara 2 peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 pada bulan Disember melalui Sarawak Pay.

BACA : Cara Memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) COVID-19 Secara Online

Sarawak Mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0

5)  Insentif untuk pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar

Kerajaan Sarawak prihatin dengan nasib pengusaha penambang. Oleh itu, bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak

6)  Untuk pengendali van penumpang, pemandu teksi, pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar

Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM600 kepada pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas serta van sekolah.

7)  Bantuan kewangan kepada pemandu e-hailing dan tenaga pengajar memandu

Untuk golongan ini, mereka akan menerima RM500 secara one-off atau sekali. Pembayaran akan dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

8)  Bantuan khas kepada agensi pelancongan berlesen, operator homestay, pemandu kenderaan pelancongan, pemandu pelancong dan pemandu pelancong Taman Negera yang berlesen

Mereka ini pastinya terkesan sepanjang penularan COVID-19 kerana sektor pelancongan ditutup. Bagi memastikan industri pelancongan bertahan dari krisis ini, Kerajaan Sarawak akan memberikan bantuan kewangan secara one-off iaitu:

  • RM3,000 untuk Agensi Pelancongan berlesen
  • RM600 untuk Operator Homestay berlesen
  • RM1,500 untuk Pemandu Pelancon dan Pemandu Pelancong Taman Negera
  • RM500 untuk Pemandu Kenderaan Pelancongan Berlesen

9)  Penyediaan Bakul Makanan kepada Isirumah Yang Terjejas

Untuk memastikan kebajikan penduduk dari segi akses bekalan makanan asas, Kerajaan Sarawak akan melaksanakan program Bakul Makanan kepada isirumah yang terjejas di seluruh Sarawak.

6 Langkah Pemberian Diskaun Daripada BKSS 6.0

1)  Diskaun Bil Elektrik

Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

2)  Diskaun Bil Air

Pemberian diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021.

3)  Diskaun Taksiran Kadar Cukai Pintu

Diskaun akan diberi sebanyak 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawa untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021

4)  Diskaun 50% Sewa Pasar Dan Gerai

Diskaun sebanyak 50% akan diberi untuk sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

5)  Diskaun Sewa Skrim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC)

Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

6)  Pengecualian Bayaran Sewa Kepada Pengusaha Kecil Dan Sederhana (PKS)

Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada PKS yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat GLC Negeri seperti SEDC, Lembaga Pembangunan, LCDA, BDA bagi tempoh 6 bulan iaitu Julai hingga Disember 2021.

Untuk pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan, ianya akan diteruskan bertujuan membantu mengurangkan beban rakyat Sarawak terutamanya. Diharapkan langkah-langkah dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat Sarawak.


sumber : Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Post a Comment

Previous Post Next Post