Untuk yang tak tahu, telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri telah ditayangkan pada 22 Mei 2021, hari Sabtu yang lepas di saluran TV3. Telefilem tersebut disiarkan bermula jam 10 malam dan berakhir jam 12 tengah malam.
Telefilem tersebut merupakan kesinambungan daripada dramanya sebelum ini iaitu Aku Yang Kau Gelar Isteri dimana telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Manakan tidak, selain peroleh jumlah tontonan yang tinggi, rata-rata penonton mahukan sambungan daripada drama tersebut.
Jadi disebabkan itulah, pengarahnya Shuhaimi Lua telah membuat keputusan untuk menyambung siri drama tersebut menerusi telefilem ini iaitu Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri.
Penerimaan Yang Baik Daripada Penonton Untuk Telefilem Ini
Selepas habis tayangan di TV, nampaknya penerimaan penonton sekali lagi memberikan kesan positif hasil daripada jalan cerita disamping barisan pelakon yang membawa watak sangat baik sekali seperti watak bomoh, Cik Embun daripada Lana Nordin, Pian (Atiq Azman), Azlan (Dato’ Adi Putra) dan Rai (Nadia Brian).
Ditambah pula penceritaan kali ini, terdapat 2 penampilan khas iaitu Rita Rudaini dan seorang ustaz yang dibawa watak oleh Aidil Aziz.
Penonton sangat suka apabila watak Pian sebenarnya tidak mati seperti yang ditunjukkan di dalam drama dan kali ini juga terdapat seorang ustaz yang melawan Cik Embun bagi mengelakkan dia terus mengacau kehidupan Azlan, Pian dan Rai.
Akan tetapi, ada sebilangan peminat cerita ini masih tertanya-tanya dan tercari-cari adakah telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri ini boleh ditonton semula? Ini kerana, ramai yang terlepas untuk menonton telefilem ini di TV3 pada hari tersebut.
Oleh itu, kepada anda yang tertanya-tanya adakah ada tayangan semula? Menerusi sebuah tweet yang dikongsikan oleh tuan pengarahnya sendiri di akaun twitter (@ShuhaimiLua) milik beliau selepas ditanya oleh pemilik tweet @vissionerz, beliau memberitahu buat masa sekarang, pihak TV3 memberitahunya tiada tayangan dimana-mana platform sah. Hanya itu sahaja tayangannya.
saya baru lepas tanya management tv3 jawabnya BUAT MASA SEKARANG TIADA TEMPAT DI MANA2. ITU SAHAJA TAYANGAN. tunggu tayangannya di tv3
— director filem (@ShuhaimiLua) May 23, 2021
Jadi setakat ini, anda tidak akan jumpa di Youtube ke, iQIYI, Viu atau WeTV sekali pun. Akan tetapi masa akan datang kita tidak tahu. Mungkin akan ada ulang siar di TV3 atau mungkin TV3 akan bawa ke platform Disney+ Hotstar pada 1 Jun ini seperti drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard kan? Kita tak tahu.
Ada Sambungan Ke?
Selain itu juga, ramai yang tertanya-tanya adakah akan ada sambungan lagi untuk drama dan telefilem Aku Yang Kau Gelar Isteri ini? Ini kerana pada babak akhir sepertinya timbul persoalan berkaitan 'Gurindam Anak Mak'.
Sekali lagi, pengarahnya memberitahu menerusi perkongsian di Instagram @shuhaimilua_director, Gurindam Anak Mak tersebut jika ianya direalisasikan, ianya bukan sambungan bagi cerita ini. Ianya merupakan cerita yang lain dengan pelakon yang lain. Tambahnya lagi, jika ada rezeki, akan ada tahun hadapan. Kita sama-sama tunggu.
Kita sama-sama tunggu...