Cara Tebus eTunai RM150 Daripada Program eBelia Untuk Tahun 2021

Cara Tebus eTunai RM150 Daripada Program eBelia Untuk Tahun 2021

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengumumkan inisiatif untuk belia di dalam Belanjawan 2021 yang lalu. Program eBelia diperkenalkan dimana golongan belia akan memperoleh kredit eTunai sebanyak RM150.

Pada awalnya hanya eTunai RM100 sahaja akan diberi tetapi melalui program PEMERKASA, ianya ditambah lagi dengan RM50 yang menjadikan kesemuanya RM150 dalam bentuk eTunai yang boleh ditebus menggunakan eWallet yang disediakan.

Syarat Permohonan

Program eBelia ini boleh mula ditebus bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan hanya terbuka kepada individu warganegara Malaysia iaitu :

  • Yang berumur dari 18 hingga 20 tahun (lahir tahun 2001 - 2003) pada tahun 2021
  • Pelajar IPT sepenuh masa bagi peringkat Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 4) dan keatas. 

Ini bermakna jika anda berumur lebih 20 tahun pun tetapi berdaftar sebagai pelajar IPT sepenuh masa, anda juga layak. Semakan pendaftaran IPT akan dibuat ketika permohonan dibuat.

Jadi jika anda layak, anda berpeluang untuk dapatkan kredit eTunai RM150 tersebut. 

Tapi bagaimana?

Kerajaan telah memaklumkan dimana, anda boleh tebus eTunai RM150 melalui mana-mana eWallet yang layak iaitu melalui Boost, Touch 'n Go eWallet, BigPay dan juga ShopeePay. 

Jadi anda perlu pilih salah satu platform eWallet diatas untuk anda buat tebusan kredit tersebut dan ianya akan dimasukkan terus ke akaun eWallet anda.

Tetapi, untuk melayakkan anda buat penebusan, anda perlu naik taraf akaun mana-mana akaun eWallet yang anda pilih tersebut kepada akaun premium; dimana anda perlu daftar menggunakan nombor telefon, upload gambar kad pengenalan beserta gambar selfie.

Ini bertujuan bagi mengesahkan status anda seterusnya melayakkan anda menebus kredit eTunai RM150.

Cara Tebus eTunai RM150 Daripada Program eBelia

Oleh itu, disini akan ditunjukkan cara tebus eTunai RM150 daripada program eBalia dengan menggunakan keempat-keempat eWallet yang disenaraikan. (anda pilih satu sahaja)

#1 - ShopeePay

cara tebus rm150 ebelia guna shopeepay

a)  Daftar ShopeePay

1.  Pergi ke aplikasi Shopee, klik pada wallet atau pergi ke Me > ShopeePay

2.  Kemudian klik "Set up ShopeePay"

3.  Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan. Tandakan pada kotak untuk agree the terms..

4.  Anda akan menerima SMS bersama nombor nombor OTP. Masukkan 6-digit kod tersebut untuk langkah seterusnya

5.  Kali ini, anda perlu buat 6-digit ShopeePay anda sendiri

6.  Selesai! Kini anda boleh guna ShopeePay anda.

b)  Verify ShopeePay Dan Tebus RM150

cara tebus rm150 ebelia guna shopeepay

1.  Pergi ke aplikasi Shopee, klik pada wallet atau pergi ke Me > ShopeePay

2.  Klik pada "Verify Now"

3.  Upload gambar IC atau MyKad bersama selfie muka anda. Tandakan pada kotak untuk agree the terms.. Proses verifikasi akan mengambil masa 24 jam.

4.  Jika sudah, anda akan peroleh RM5 daripada Shopee dan anda boleh terus tebus eTunai RM150.

Untuk maklumat lanjut, pergi ke www.shopee.com.my/ebelia

#2 - Boost

cara tebus rm150 ebelia guna boost

a)  Daftar Boost

1.  Download aplikasi Boost (App Store | Play Store | AppGallery)

2.  Jika anda pengguna baru, klik "Register" dan ikut arahan selanjutnya (dan jangan lupa untuk masukkan kod aimfjhw)

3.  Masukkan nombor telefon dan masukkan TAC no.

4.  Kemudian lengkapkan profile anda seperti nama dan sebagainya

5.  Akhirnya tetapkan wallet anda bersama no pin keselamatan. Ikuti langkah sehingga selesai

b)  Verify Boost Dan Tebus RM150

cara tebus rm150 ebelia guna boost

1.  Masuk ke apps Boost anda, kemudian pergi profile > My Wallet dan klik "Upgrade to Premium Wallet" (bagi melayakkan anda menerima eTunai RM150)

2.  Seterusnya upload gambar IC atau MyKad anda bersama gambar selfie muka anda dengan jelas. Ikuti langkah sehingga selesai. Pengesahan ambil masa selama 1 hari bekerja.

3.  Jika sudah, anda boleh terus tebus eTunai RM150.

Untuk maklumat lanjut, pergi ke www.myboost.com.my/news/belia-ready/

#3 - BigPay

cara tebus rm150 ebelia guna bigpay

a)  Daftar BigPay

1.  Download aplikasi BigPay (App Store | Play Store)

2.  Kemudian klik "Sign Up" dan pilih Malaysia

3.  Daftarkan nombor telefon dan masukkan kod pengesahan yang diterima melalui SMS

4.  Tetapkan password akaun BigPay anda dan masukkan butiran diri seperti nama, emel, alamat dan sebagainya.

5.  Pada bahagian referels code, masukkan kod 0LMZHKVZ3T (untuk dapatkan RM10 secara percuma)

b)  Verify BigPay Dan Tebus RM150

cara tebus rm150 ebelia guna bigpay

1.  Langkah seterusnya anda perlu verify atau sahkan dengan upload gambar IC atau MyKad anda beserta selfie muka anda dengan jelas.

2.  Kemudian anda perlu tambah nilai RM20 terlebih dahulu sebelum menggunakan BigPay. (ianya bukan yuran, tetapi hanya proses pendaftaran sahaja. Duit tersebut akan dipulangkan semula dalam eWallet BigPay anda nanti, jangan risau)

3.  Jika sudah, anda boleh terus tebus eTunai RM150 pada bahagian "Payments > eBelia dan klik "Apply Now"

4.  Jika anda menggunakan BigPay, anda akan menerima kad debit untuk digunakan buat pembayaran secara percuma. Selepas 5-7 hari, anda akan menerima kad debit tersebut terus ke alamat rumah yang anda telah daftarkan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, pergi ke www.bigpayme.com/ebelia

#4 - Touch 'n Go eWallet

cara tebus rm150 ebelia guna touch n go ewallet

a)  Daftar Touch 'n Go eWallet

1.  Download aplikasi Touch 'n Go eWallet (App Store | Play Store | AppGallery)

2.  Kemudian klik "Sign Up" dan masukkan nombor telefon beserta nombor OTP yang dihantar melalui SMS

3.  Tetapkan 6-digit no. pin untuk pembayaran

4.  Lengkapkan butiran peribadi seperti nama, no. MyKad, email dan sebagainya

b)  Verify Touch 'n Go eWallet Dan Tebus RM150

cara tebus rm150 ebelia guna touch n go ewallet

1.  Buka aplikasi dan pergi ke Profile > Account Verification

2.  Kemudian ambil gambar MyKad dan upload beserta selfie muka anda dengan jelas. Proses pengesahan ambil masa 48 jam.

3.  Jika sudah, anda boleh terus tebus eTunai RM150

Untuk maklumat lanjut pergi ke www.tngdigital.com.my/ebelia

Post a Comment

Previous Post Next Post