Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu dalam sidang media khas sebentar tadi, tempoh 14 hari (1 Jun - 14 Jun 2021) 'Total Lockdown' ini adalah penting bagi membendung penularan COVID-19 sekali gus melandaikan lengkuk jangkitan. Oleh itu, Kerajaan bersetuju dengan tidak membenarkan beberapa aktiviti dilakukan beserta perkhidmatan dan perniagaan juga tidak dibenarkan beroperasi
BACA : Senarai Perkhidmatan Perlu yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang 'Total Lockdown' Bermula 1 Jun Ini
SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tidak Dibenarkan
Jadi bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021, Kerajaan tidak masih tidak membenarkan pergerakan merentas negeri dan daerah serta kali ini tiada pergerakan bagi pasangan jarak jauh.
Bagi sektor pendidikan, semua sekolah, IPTA dan IPTS dibawah KPM masih tidak dibenarkan beroperasi termasuklah pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat bimbingan dan lain-lain. Aktiviti PdP secara bersemuka di IPT juga tidak dibenarkan kecuali bagi pelajar yang berkeperluan
Senarai Perniagaan Dan Perkhidmatan yang tidak dibenarkan beroperasi
1) Dine-in dan perkhidmatan park & dine
2) Pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu
3) Operasi kafe siber dan pusat siber
4) Aktiviti fotografi
5) Agensi nombor ramalan, lumba kuda dan kasino
6) Operasi spa, refleksologi dan pusar urut
7) Wellness dan salun kecantikan
8) Perkhidmatan pedicure dan manicure
9) Kedai gunting rambut
10) Kedai perabot
11) Pusat cuci kenderaan
12) Kedai barang kemas
13) Kedai buku dan alat tulis
14) Kedai aksesori kenderaan
15) Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
16) Kedai alat permainan
17) Kedai peralatan sukan
18) Kedai bunga/nurseri
RINGKASAN SOP AKTVITI TIDAK DIBENARKAN SEMASA TOTAL LOCKDOWN 1-14 JUN 2021. pic.twitter.com/ZGVrMcLzJK
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 30, 2021
Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan
1) Aktiviti memancing kecuali bagi tujuan sara hidup
2) Pawagam dan pawagam pandu masuk
3) Aktiviti rasmi atau tidak rasmi kerajaan dan swasta
4) Majlis sosial seperti kenduri-kendera, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil dan lain-lain majlis sosial
5) Zoo, akuarium juga tidak dibenarkan
6) Taman tema, Pusat Hiburan Keluarga
Untuk SOP PKP penuh dan sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang 'Total Lockdown' ini, anda boleh dapatkan di pautan MKN di www.mkn.gov.my