Tiada Lagi UPSR Bermula Tahun Ini. Ianya Dimansuhkan Sepenuhnya.

Tiada Lagi UPSR Bermula Tahun Ini. Ianya Dimansuhkan Sepenuhnya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat keputusan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula tahun 2021.

Ini bermakna, murid-murid darjah 6 bermula tahun 2021, mereka tidak akan melalui UPSR seperti yang dilalui oleh murid-murid sebelum ini. 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin juga mengumumkan dalam sidang media khas tersebut dimana walaupun UPSR dimansuhkan tetapi tiada peperiksaan ganti bagi ujian Murid Tahun 6 itu.

UPSR Dimansuhkan

KPM kini fokus kepada untuk memperkasakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Seperti contoh, kini bagi murid yang ingin masuk ke SBP, murid tahun enam perlu mengambil keputusan untuk menduduki PKSK.

Dalam sidang media khas tersebut juga, Radzi Jidin mengumumkan PT3 tahun ini dibatalkan dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

Semalam, baru sahaja Menteri Pendidikan mengumumkan 2 minggu sesi PdPR akan diadakan selepas habis cuti Aidilfitri. Keputusan ini dibuat berikutan keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya terutamanya melibatkan sekolah.


sumber : astroawani

Post a Comment

Previous Post Next Post