Kerana bimbang akan kes penularan COVID-19, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah mengumumkan penutupan semua masjid mukim, surau dan musolla di seluruh negeri Kelantan.
Pemakluman ini telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim.
Masjid-masjid mukim tidak dibenarkan untuk melaksanakan Solat Jumaat, Solat Fardu, Solat Terawih dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang penutupan.
Semua Masjid Mukim, Surau Dan Musolla di Kelantan Ditutup
Penutupan ini akan bermula 21 April 2021 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Jadi untuk Solat Jumaat, Solat Fardhu dan Solat Sunat Tarawih hanya di benarkan di Masji Negeri, Bandar dan Jajahan sahaja. Hanya 17 masjid bandar dan jajahan Kelantan sahaja dibenarkan beroperasi:
- Masjid Muhammadi, Kota Bharu
- Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
- Masjid Al-Ismaili Bandar baru Pasir Pekan
- Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh
- Masjid D'Raja Long Yunus, Langgar
- Masjid Sultan Muhammad II, Telipot
- Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa
- Masjid Ismaili Jajahan Tumpat
- Masjid Mahmoodi Jajahan Bachok
- Masjid Ibrahimi Jajahan Pasir Puteh
- Masjid Sultan Yahya Petra, Jajahan Machang
- Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Jajahan Kuala Krai
- Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Jajahan Gua Musang
- Masjid Sultan Muhammad I, Jajahan Jeli
- Masjid Sulta Muhammad III, Jajahan Pasir Mas
- Masjid Ismail Petra Jajahan Tanah Merah
- Masjid Bandar ANn-Nur Chuchil, Kuala Krai
Walaubagaimanapun, pelaksanaan solat adalah dibenarkan untuk 50% daripada kapasiti masjid selepas penjarakan 2 meter. Manakala aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkiran, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain aktiviti di masjid adalah tidak dibenarkan.
Sekiranya ingkat, tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan ini.
sumber : MAIK