Harum sungguh Nasi Arab bersama lauknya lagi-lagi jika makan bersama lauk kambing. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan Shawarma Kambing dan Kebab Kambing. Pastinya bau akan menggugat selera.
Biasa menu Nasi Arab akan dihidangkan dalam kuantiti yang banyak di atas dulang besar dan disekalikan dengan lauk seperti ayam, potongan daging, kambing dan sebagainya. Sekali makan akan menjadi santapan yang mengenyangkan.
Selain daripada beli di kedai, apa kata kali ini, buat atau masak sendiri. Disini terdapat 3 resepi yang berasaskan Kambing iaitu Nasi Arab Mandy Kambing, Shawarma Kambing dan Kebab Kambing. Jadi jom resepi ini
Resepi Nasi Arab Mandy Kambing
Waktu memasak bagi resepi ini mengambil masa lebih kurang 40 minit. Jika anda tidak berminat dengan kambing, anda boleh tukar dengan potongan daging lembu atau ayam dengan mengikut semua langkah dan cara yang sama. Ianya juga sesuai untuk hindangan 5 orang.
Bahan-Bahan
- 1 kg beras basmathi (dicuci dan ditos)
- 1 1/2 kg kambing
- 1.8 liter air
- 3 sudu makan rempah beriani
- 10 butir bunga cengkih
- 5 biji bunga lawang*
- 5 butir buah pelaga*
- 2 batang kayu manis*
- 10 biji bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 3 sudu makan minyak sapi
- 5 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
*dihiris nipis
Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam sebuah periuk yang sesuai. Tumiskan bebawang dan rempah ratus yang telah disediakan sehingga naik bau dan keperang-perangan
2. Masukkan daging kambing, tuangkan air dan biarkan ia mendidih
3. Setelah menggelegak, tuangkan pula beras basmathi yang telah dicucup. Kacau rata
4. Perlahan api, tutup periuk dan tanak sehingga masak. Keringkan seketika sebelum dihidangkan
5. Sendukkan nasi ke dalam dulang dan susunkan kambing di atasnya. Sedia untuk dihidangkan!
Resepi Shawarma Kambing
Berbeza dengan Nasi Mandy Arab, waktu memasak Shawarma diambil lebih kurang 1 jam 40 minit. Ianya juga sesuai untuk hidangan 5 orang.
Bahan-Bahan
- 1 kg daging kambing (dipotong kuib kecil)
- 5 biji bawang merah (dicincang halus)
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 sudu makan rempah beriani
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- 2 keping roti pita
- 4 keping kulit popia
- 1 biji telur (dipukul)
Cara Memasak
1. Sediakan sebuah mangkuk yang sesuai. Masukkan daging kambing, bebawang, rempah beriani dan lada hitam. Gaul sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa dan perap selama 1 jam.
2. Panaskan kuali, tuangkan daging yang telah diperap dan masak daging tanpa menambah minyak. Kacau selalu sehingga empuk dan kering.
3. Kemudian, buka roti pita dan sumbatkan daging kambing sehingga padat. Bungkus roti dan bungkus lagi dengan kulit popia. Gunakan telur yang dipukul untuk melekatkan kulit popia
4. Sekali lagi, panaskan kuali dan layurkan shawarma yang telah siap dibungkus sehingga kulit popia bertukar warna keperang-perangan dan rangup. (guna air kecil sahaja)
5. Potong-potong dan hidangkan panas. Siap!
Resepi Kebab Kambing
Resepi ini sesuai untuk hidangan 5 orang yang waktu memasak mengambil masa lebih kurang 40 minit.
Bahan-Bahan
- 1 kg daging kambing
- 5 biji bawang merah
- 5 sudu bawang putih
- 2 sudu makan rempah beriani
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Kisar kesemua bahan bersama sehingga menjadi pes
2. Setelah semua bahan dikisar, rehatkan dan perap selama 2 jam
3. Nyalakan pemanggan arang dan biarkan menjadi bara
4. Kepalkan kisaran daging kambing pada batang pembuat kebab
5. Panggang kebab sehingga masak dan hidangkan sementara panas. Siap!