Resepi Minuman Popular Sepanjang Ramadan Sesuai Untuk Berbuka Puasa

resepi minuman popular sepanjang ramadan

Best kan bila masa berbuka puasa dapat nikmati air atau minuman sejuk dan manis. Ianya antara juadah pembuka selera ketika berbuka puasa di bulan Ramadan.

Biasanya kita pasti dapatkan 1-2 jenis minuman sejuk di bazar ramadan. Di sinilah kita cuba dapatkan minuman yang popular terutamanya bulan Ramadan ini.

Tapi kali ini, daripada kita beli air minuman tersebut di bazar, kita buat dan bancuh sendiri. Disini terdapat beberapa jenis respei minuman popular ketika Ramadan sesuai untuk berbuka puasa. 

10 Resepi Minuman Popular Ketika Berbuka Puasa

Perkongsian resepi ini pastinya dapat dinikmati ketika berbuka nanti. Yang pastinya resepi ini mudah sahaja untuk disediakan

#1 - Jus Lobak Merah Dan Tomato

Jus Lobak Merah Dan Tomato

Bahan-Bahan

  • 2 potong epal hijau
  • 1/2 biji lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu makan air gula
  • Beberapa ketulan ais
  • Air secukupnya

Cara Sediakan

  1. Kisarkan kesemua bahan dan tuangkan ke dalam gelas
  2. Letakkan ketulan ais dan sedia dinikmati

#2 - Jus Timun Epal

Jus Timun Epal

Bahan-Bahan

  • 1/2 biji timun
  • 1/2 biji epal hijau
  • 2 sudu makan gula
  • Air secukupnya
  • Beberapa ketulan ais

Cara Sediakan

  1. Campurkan timun, epal hijau, air gula dan air secukupnya kemudian kisar sehingga sebati
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia diminum

#3 - Just Tembikai Epal

Just Tembikai Epal

Bahan-Bahan

  • 3 potong tembikai (dibuang bijinya)
  • 1 biji epal hijau
  • 1 potong nenas
  • 2 sudu makan air gula
  • Air secukupnya
  • Beberapa ketulan ais

Cara Sediakan

  1. Kisar semua buah bersama air dan air gula sehingga hancur
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan ketulan ais
  3. Sedia dinikmati

Dalam resepi ini menggunakan sedikit nenas kerana ingin memberi rasa masam dan manis yang berbeza dan unik pada rasa jus tembikai

#4 - Lai Chi Kang Istimewa

Lai Chi Kang Istimewa

Bahan-Bahan

  • 1 liter air
  • 1 tin buah laici (dalam tin)
  • 3 biji  buah kembang semangkuk (direndam sehingga kembang)
  • 20 g buah kabung
  • 20 g sagu merah saiz besar (direbus)
  • 20 g barli (direbus)
  • 20 g cendol
  • 20 g cincau
  • 20 g agar-agar berwarna-warni
  • 10 g kacang panggang
  • 1 sudu makan katirah (direndam selama 3 jam)
  • 1 sudu teh biji selasih (direndam sehingga kembang)
  • Air gula secukupnya
  • Kiuh ais secukupnya

Cara Sediakan

  1. Satukan kesemua bahan di dalam jag dan dikacau sebati
  2. Akhir sekali, masukkan kiub air secukupnya.
  3. Sedia untuk diminum

#5 - Cincau Sarsi

Cincau Sarsi

Bahan-Bahan

  • 100 ml air putih
  • 50 ml air gula
  • 10 g cincau (dihiris halus)
  • 10 biji buah longan (dibelah)
  • 3 sudu makan perisa Sarsi
  • Kuih ais secukupnya

Cara Sediakan

  1. Masukkan cincau dan buah longan ke dalam gelas
  2. Kemudian masukkan air putih, air gula dan perisa Sarsi. Kacau rata dan seimbangkan rasanya
  3. Akhir sekali, masukkan kiub ais secukupnya. Sedia untuk diminum

#6 - Cendol 3 Rasa

Cendol 3 Rasa

Resepi cendol ini bagi hidangan untuk 2 orang.

Bahan-Bahan

  • 1 liter santan pekat
  • 50 g cendol
  • 10 g kacang merah rebus
  • 10 g tapai
  • Garam secukup rasa
  • Kiub ais secukupnya atau parutan ais

Bahan Gula

  • 1 kg gula pasir
  • 250 g gula merah
  • 1 liter air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)

Cara Sediakan

1.  Masukkan garam secukup rasa ke dalam santan pekat

2.  Masukkan cendol. Kacau rata dan sebatikan

3.  Kemudian untuk membuat bahan gula pula, didihkan kesemua bahan di dalam periuk sehinga menjadi pekat. Tapiskan dan sejukkan

4.  Masukkan sirap gula ke dalam gelas atau mangkuk dan masukkan kiub ais

5.  Kemudian masukkan kacang merah rebus, pulut masak dan tapai

6.  Akhir sekali, sudukan bancuhan santan pekat dan cendol tadi. Sedia untuk diminum!

#7 - Jus Lobak Merah

Jus Lobak Merah

Bahan-Bahan

  • 3 potong epal hijau
  • 1/2 biji lobak merah
  • 2 sudu makan air gula
  • Air secukupnya
  • Beberapa ketulan ais

Cara Sediakan

  1. Kisar epal bersama lobak merah, air gula dan air secukupnya
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan ketulan ais
  3. Sediakan diminum

#8 - Air Oren Asam Boi

Air Oren Asam Boi

Bahan-Bahan

  • 4 biji oren sunkist
  • 800 ml air
  • 5 biji asam boi
  • 6 sudu makan gula

Cara Sediakan

  1. Dengan menggunakan mesin pengekstrak buah-buahan, dapatkan ekstrak buah oren dan ketepikan
  2. Selepas itu, campurkan air bersama ekstrak oren, asam boi dan gula
  3. Kacau sebati dan hidangkan bersama ais. Sedia dinikmati!

#9 - Soda Nanas

Soda Nanas

Bahan-Bahan

  • 1 liter minuman isotonik (minuman soda)
  • 1 tin nanas
  • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya)

Cara Sediakan

  1. Campurkan minuman isotonik dan nanas bersama jusnya
  2. Kemudian, campurkan pula jus limau kasturi dan kacau sebati
  3. Hidangkan bersama ais dan sedia dinikmati

#10 - Soya Jagung Bersama Cincau

Soya Jagung Bersama Cincau

Selain menggunakan jagung, anda juga boleh gantikan dengan sirap ros. Penyediaan ini sesuai dihidangkan untuk 4 orang

Bahan-Bahan

  • 1 liter air soya
  • 1 sudu makan perisa jagung
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 100 g cincau (direncang halus)

Cara Sediakan

  1. Campurkan air soya bersama perisa jagung, susu pekat dan cincau. Kacau hingga sebati.
  2. Hidangkan bersama ais dan sedia dinikmati. 

Selamat berbuka...

Post a Comment

Previous Post Next Post