Sambutan Aidilfitri: KKM Cadang Rentas Negeri Ditangguhkan - Dr Adham Baba

Sambutan Aidilfitri: KKM Cadang Rentas Negeri Ditangguhkan - Dr Adham Baba

Kini sudah beberapa bulan dimana kali terakhir kita dibenarkan untuk rentas negeri. Rata-rata rakyat mengharapkan kali ini mereka diberi peluang untuk balik ke kampung halaman terutamanya semasa Hari Raya yang pastinya sudah lama tidak pulang ke perantauan.

Walaubagaimanapun, kes jangkitan COVID-19 masih lagi tinggi sepertinya tidak menampakkan penurunan sebaliknya meningkat dan katanya mungkin kita akan hadapai gelombang ke-4 pula. 

Disebabkan itulah, Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Dr Adham Baba melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan untuk mengangguhkan aktiviti rentas negeri bagi pulang ke kampung untuk menyambut lebaran, seperti yang dilaporkan oleh Bernama 

KKM Cadang Rentas Negeri Ditangguhkan

Beliau juga ditanya berkaitan individu yang sudah menyelesaikan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 dimana, adakah mereka diberikan pengecualian untuk merentas negeri sempena perayaan.

:Pihaknya masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) berkenaan ini" - kata Adham Baba

Beliau menambah, bagaimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untuk mereka bertugas.


sumber : astroawani


Post a Comment

Previous Post Next Post