Kini di zaman teknologi semua informasi boleh didapati dengan mudah secara online sahaja. Ini termasuklah untuk dapatkan info bagi membuat semakan saman sama ada daripada JPJ atau Polis Trafik.
Terdapat beberapa platform yang disediakan bagi orang ramai membuat semakan saman secara online pada bila-bila masa sahaja seperti di MyEG, portal JPJ, MyBayar Saman, melalui SMS dan sebagainya.
Cara Semak Saman Online
Servis semakan ini semua adalah percuma. Antara cara semak saman secara online adalah seperti berikut:
#1 - Menggunakan Portal MyEG
Portal MyEG menyediakan pelbagai servis antaranya adalah semakan saman JPJ, Polis Trafik, AWAS atau AES dan juga memperbaharui lesen.
Cara untuk semak saman menggunakan MyEG:
- Masuk ke portal MyEG di www.myeg.com.my
- Kemudian anda perlu Login (Jika belum ada akaun, daftar terlebih dahulu dengan klik pada "Create an account" dan ikuti segala arahan yang dipaparkan)
- Kemudian pada halaman utama, anda boleh pilih untuk buat semakan saman sama ada daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (PJP) atau Polis
- Pada halaman berikutnya, akan dipaparkan pilihan untuk semak dan bayar saman JPJ/Polis
- Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan akan dipaparkan saman jika ada
#2 - Menggunaakn Portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Untuk saman JPJ & AES, anda juga boleh terus buat semakan menggunakan portal JPJ tanpa mendaftar atau login. Anda terus boleh buat semakan sama ada menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kereta.
Cara untuk semak saman menggunakan portal JPJ:
- Masuk ke portal JPJ untuk seman Saman JPJ & AES di www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
- Kemudian pilih sama ada menggunakan no. kad pengenala atau no. plat kereta dan klik "Semak"
- Kemudian akan dipaparkan senarai saman jika ada.
Selain itu, terdapat pelbagai lagi fungsi semakan yang disediakan di portal JPJ seperti semakan status senarai hitem, tarikh luput lesen memandu, tarikh ujian memandu, semakan nombor pendaftaran terkini dan sebagainya
#3 - Menggunakan MyBayar Saman
Ini merupakan kaedah terbaru bagi membuat semakan saman Polis Trafik serta boleh membuat terus pembayaran.
Cara untuk semak saman menggunakan MyBayar Saman:
- Anda boleh pergi ke mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi di Android atau iOS
- Kemudian anda perlu Login (jika tiada akaun, boleh daftar terlebih dahulu dengan klik pada "New User Sign Up". Pendaftaran menggunakan nombor kad pengenalan)
- Jika sudah selesai daftar, anda akan dibawa ke halaman utama dimana akan memaparkan segala kesalahan trafik PDRM jika ada
- Anda juga boleh terus buat bayaran saman disini
BACA : Tutorial Cara Bayar Saman Menggunakan MyBayar Saman
Cara Semak Saman Menggunakan SMS
Selain semakan secara online, orang ramai juga boleh buat semakan menggunakan khidmat pesanan ringkat (SMS) bagi saman JPJ dan Polis Trafik. Setiap semakan akan dikenakan caj RM0.20
#1 - Check Saman JPJ
- Taip JPJ Saman<jarak> No. IC atau No. Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh:
- JPJ Saman 910903104354
- JPJ Saman CDD8231
Kemudian akan dipaparkan senarai saman jika ada
#2 - Check Saman Polis
- Taip POLIS SAMAN<jarak> No. IC atau No. Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh:
- POLIS SAMAN 910903104354
- POLIS SAMAN CDD8231
Jika ada saman, akan dipaparkan berapa jumlah kesemuanya
Semoga perkongsian cara semak saman JPJ, Polis Trafik secara online ini memudahkan urusan anda dimasa hadapan. Ingat saman perlu dibayar atas kesalahan yang anda lakukan. Jika bermanfaat, jangan lupa kongsikan artikel ini.