Cara Mohon Internship Dan Praktikal Dengan Betul Untuk Tahun 2024

Cara Mohon Tempat Internship (Praktikal) Dengan Betul

Jika anda sedang mencari tempat untuk internship atau praktikal, anda perlu tahu cara mohon dengan betul. Permohonan perlu dilakukan dengan baik supaya bakal majikan sementara anda akan menilai daripada mula lagi iaitu cara anda memohon.

Permohonan adalah lebih baik mulakan melalui emel. Jadi langkah atau cara ini sebenarnya bukan sahaja sesuai untuk mereka yang tengah cari tempat internship atau praktikal atau latihan industri tetapi sesuai juga bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Anda perlu tahu cara betul nak hantar emel kepada sesebuah syarikat baik syarikat itu besar atau kecil. Anda perlu tahu cara menulis dengan betul, cara menggunakan segala ruang yang disediakan pada emel tersebut.

{tocify} $title={Table of Contents}

First impression sangat penting supaya bos di syarikat tersebut berminat untuk benarkan anda lakukan praktikal di tempat mereka.

Cara Mohon Tempat Praktikal Dengan Betul Untuk Tahun 2024

Cara permohonan tempat praktikal ini dikongsikan oleh pengguna Azhar Amran di laman Twitter beliau berdasarkan pengalaman sendiri berkaitan dalam bidang advertising. Ianya juga masih boleh digunakan dalam semua bidang apa sekali pun. 

1. Senaraikan Syarikat

Senaraikan terlebih dahulu syarikat yang anda ingin mohon berdasarkan bidang pengajian anda. Dapatkan email company tersebut terlebih dahulu. Jadi antara website untuk anda dapatkan senarai tempat internship ini seperti Jobstreet, Maukerja, Indeed, mystarjob, jenjobs, monster, bestjobs dan banyak lagi.

2.  Proper Email

Guna 'proper email'. Jika anda rasa anda perlu create akaun emel baru, silakan. Jangan sesekali gunakan email dengan nama yang tidak baik untuk memohon tempat praktikal atau mohon kerja. Khuatir emel anda tidak akan dilayan oleh bakal majikan anda. Katanya sebaiknya guna akaun Gmail.

3.  Letak Subjek Emel

Pastikan anda letak subjek atau tajuk emel. Jangan sesekali tinggalkan ruang kosong ini. Subjek ini menunjukkan keseluruhan tujuan anda menghantar emel pada syarikat tersebut. Jika anda ingin mohon sertai program Internship, boleh letak yang berkaitan seperti dalam gambar dibawah.

Cara Mohon Tempat Internship (Praktikal) Dengan Betul

4.  Greeting

Anda boleh letak pembuka kata atau Greeting pada permulaan emel tersebut seperti Dear Sir, Hi Sir, beri salam dan sebagainya. Jika anda tahu dengan siapa anda berhubung, gunakan mengikut jantina. 

Cara Mohon Tempat Internship (Praktikal) Dengan Betul

5.  Mini Cover Letter

Kemudian barulah masukkan ayat emel anda. Jadi anda perlu buat ayat sedikit. Dalam emel tersebut, anda boleh mula kenalkan diri, anda dari mana, universiti mana dan paling penting apa tujuan anda dengan emel tersebut. Ianya seolah-olah mini cover letter, tetapi tidak meleret terlalu panjang.

Cara Mohon Tempat Internship (Praktikal) Dengan Betul

6.  Attach File Berkaitan

Kebiasaanya, pihak universiti atau kolej kita telah sediakan beberapa file berkaitan bagi permohonan praktikal ini. Jadi anda boleh lampirkan atau attach file tersebut bersama-sama resume anda. Lampirkan satu-satu dan jangan masukkan dalam Zip File.

Cara Mohon Tempat Internship (Praktikal) Dengan Betul

*Bonus

Bagi student graphic dan multimedia. Buatlah resume anda menunjukkan anda seorang student graphic. Boleh buat lebih proper menggunakan photoshop atau illustrator. Guna infographic resume seperti contoh dibawah

Cara Mohon Tempat Internship (Praktikal) Dengan Betul

7.  Tunggu Respon

Selepas selesai anda hantar emel tersebut, anda perlu tunggu respon daripada syarikat-syarikat tersebut yang pernah anda mohon. Sebaiknya senaraikan semua di dalam file supaya mudah untuk dijadikan rujukan kelak. Jika sudah lebih 3 hari, anda boleh update semula dengan company tersebut dengan call dan tanyakan status permohonan anda.

8.  Persediaan Interview

Secara ringkas, jika anda sudah dipanggil untuk interview (jika ada). Print segala bentuk resume, sijil, artwork (jika perlu) dan surat berkaitan. Tetapi kebiasaanya, permohonan internship tidak perlukan interview. Tetapi anda masih boleh buat persediaan.

9.  Study Background Company

Sebelum anda hadir interview adalah baik untuk anda study atau kenali dahulu tentang company tersebut. Syarikat tersebut fokus kepada bidang apa, lokasinya dimana, susur atur jawatan jika ada dan sebagainya. Sebagai persediaan awal jika ditanya dalam interview.

10.  Minta Feedback

Jika sudah selesai interview. Mungkin dalam 3-4 hari selepasnya anda boleh tanyakan kata putus atau feedback daripada mereka. Adakah anda dapat permohonan praktikal tersebut atau kerja tersebut.

Rahsia Dan Tips Temuduga

Jika anda dipanggil untuk interview atau temuduga, anda boleh dapatkan tips dan rahsia temuduga ini. Tips ini dikongsikan oleh pihak HR sendiri sebagai panel penemuduga. Ianya sesuai untuk kerja Kerajaan dan Swasta.

Dalam ini, akan diajar cara buat resume, diberi template, cara susun sijil, tips ketika temuduga, pakaian apa yang perlu dipakai, tips selepas temuduga dan sebagainya. Harga pun RM30 sahaja untuk pelaburan masa depan anda. Boleh klik pada gambar dibawah

rahsia dan tips temuduga


Semoga bermanfaat...

Post a Comment

Previous Post Next Post