Kuih Tradisi Tetapi Dihati. Ini Antara 5 Aneka Resepi Bahulu Paling Popular

resepi bahulu

Dahulu biasanya kita nak jumpa kuih bahulu adalah tiba hari raya. Pada waktu tersebut ianya menjadi antara kuih raya paling popular. Kini tidak lagi, kerana ianya boleh didapati pada bila-bila masa sahaja. Ini resepi untuk anda.

Kini, kuih ini mudah didapati walaupun bukan waktu perayaan. Dengan idea kreatif dan inovasi, kini bahulu dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan rasa tetapi masih mengekalkan kelembutan sesebuah bahulu tersebut.

Jadi kali ini, untuk anda dibawakan 5 aneka resepi bahulu istimewa untuk anda cuba sendiri di rumah. Boleh dimakan waktu Hari Raya Aidilfitri atau luar hari raya.

5 Resepi Bahulu Paling Popular

Dalam perkongsian resepi ini, terdapat bentuk dan rasa yang dikongsikan yang patut anda cuba sendiri di rumah.

#1 - Bahulu Ikan

Bahulu Ikan

Saiz hidangan bersama bahan-bahan yang digunakan adalah untuk 100 biji bahulu. Resepi ini juga adalah asas kepada resepi bahulu original tetapi beza pada bentuk sahaja

Bahan-Bahan

  • 48 biji telur ayam
  • 2100 g gula
  • 1 sudu makan gula hitam / melaka
  • 1900 g tepung gandum
  • Pewarna masak secukupnya
  • Acuan berbentuk ikan

Cara Memasak

1.  Pukul telur, gula hitam dan gula sehingga kembang

2.  Kemudian masukkan pewarna kuning dan pukul lagi

3.  Apabila adunan sudah naik, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul lagi sehingga rata

4.  Masukkan adunan ke dalam acuan ikan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak. Bakar di dalam ketuhar/oven bersuhu 200°C selama 10 minit

5.  Sedia dihidangkan

#2 - Bahulu Double Chocolate Chip

Bahulu Double Chocolate Chip

Dengan anggara saiz hidangan adalah 250 biji bahulu boleh dihasilkan menggunakan bahan resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 48 biji telur ayam
  • 2100 g gula
  • 1 sudu makan gula hitam/melaka
  • 1900 g tepung gandum
  • Sedikit pewarna kuning
  • 100 g coklat masakan (dicairkan)
  • Cip coklat secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1)  Gula hitam, gula dan telur dipukul sehingga kembang

2)  Apabila adunan sudah naik, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata sehingga adunan sebati

3)  Masukkan pewarna kuning. Gaul sehingga sebati

4)  Panaskan acuan dengan sedikit minyak masak, sudukan sedikit adunan ke dalam acuan. Kemudian masukkan sedikit coklat masakan. Sudukan sedikit lagi adunan bahulu sehingga memenuhi acuan. Lakukan sehingga habis. Tabur cip coklat di atas bahulu

5)  Bakal di dalam ketuhar/oven bersuhu 200°C selama 10 minit atau sehingga masak

6)  Keluarkan dari ketuhar dan boleh terus dihidangkan

#3 - Bahulu Belimbing Bersantan

Bahulu Belimbing Bersantan

Saiz hidangan : 250 biji bahulu

Bahan-Bahan

  • 48 biji telur ayam
  • 2100 g gula
  • 1 sudu makan gula merah/melaka
  • 1900 g tepung gandum
  • 5 sudu makan santan
  • Acuan bahulu belimbing
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1)  Pukul gula, gula hitam dan telur sehingga kembang

2)  Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit. Pukul lagi

3)  Apabila adunan sudah naik, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati

4)  Masukkan ke dalam acuan bahulu belimbing yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak. Bakar di dalam oven bersuhu 200°C selama 10 minit atau sehingga masak.

5)  Keluarkan dan boleh dinikmati ketika hari raya

#4 - Bahulu Oreo

Bahulu Oreo

Saiz hidangan juga untuk 250 biji bahulu

Bahan-Bahan

  • 48 biji telur ayam
  • 2100 g gula
  • 1 sudu makan gula merah/melaka
  • 1900 g tepung gandum
  • 5 keping biskut oreo (dihancurkan)
  • Biskut oreo secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1)  Campurkan gula, gula hitam dan telur lalu dipukul sehingga kembang

2)  Sesudah adunan kelihatan naik, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diikuti oreo yang dihancurkan. Pukul lagi hingga sebati

3)  Panaskan acuan dengan sedikit minyak masak, sudukan sedikit adunan separuh acuan, masukkan sekeping biskut oreo dan tutup lagi dengan selapis adunan.

4)  Bakar di dalam ketuhar bersuhu 200°C selama 10 minit atau sehingga masak

5)  Sedia untuk dinikmati

#5 - Bahulu Kismis

Bahulu Kismis

Kali ini untuk resepi bahulu rasa masam manis disebabkan kehadiran kismis dalamnya. Saiz hidangan juga untuk 250 biji bahulu menggunakan bahan yang disediakan

Bahan-Bahan

  • 48 biji telur ayam
  • 2100g gula
  • 1 sudu makan gula merah/melaka
  • 1900g tepung gandum
  • Sedikit pewarna kuning
  • Kismis kuning secukupnya
  • Sedikit minyak masak

Cara Memasak

1)  Pukul telur, gula dan gula hitam sehingga kembang

2)  Kemudian apabila adunan sudah naik, masukkan pewarna kuning dan tepung sedikit demi sedikit. Pukul sebati

3)  Biarkan adunan selama 30 minit dan isikan ke dalam acuan bahulu yang telah dipanaskan dan disapu minyak masak. Tabur kismis kuning dengan secukupnya

4)  Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 10 minit atau sehingga masak


Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post