22 Bazar Ramadan Di 6 Negeri Diarahkan Tutup Berikutan Menjadi Kawasan Berisiko Tinggi Penularan COVID-19

22 Bazar Ramadan Di 6 Negeri Diarahkan Tutup Berikutan Menjadi Kawasan Berisiko Tinggi Penularan COVID-19

Menurut laporan sinarharian, sebanyak 22 bazar ramadan di seluruh negara diarahkan tutup berkuatkuasa pada 1 Mei ini, Sabtu berikutan lokasi tersebut menjadi kawasan berisiko tinggi penularan COVID-19.

Menurutnya lagi, arahan ini dikeluarkan berdasarkan surat edaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan yang memaklumkan, ancaman penularan COVID-19 telah berlaku melalui analisa contact tracing yang dijalankan oleh KKM.

Adakah ini tanda awal akan berlakunya kluster Bazar Ramadan? Harap tidak berlaku

Senarai 22 Bazar Ramadan Yang Diarahkan Tutup

Setakat ini terdapat 22 bazar ramadan dari 6 buah negeri yang diarahkan tutup. 

Negeri Johor - Bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex, Bazar Ramadan Kg Pasir, Jalan Mata Kuching, Bazar Ramadan @Mart Kempas, Bazar Ramadan Lok Heng.

Negeri Kedah - Bazar Ramadan Taman Selasih, Bazar Ramadan Baling 2021, Bazar Ramadan Kupang 2021

Negeri Pahang - Bazar Ramadan Lurah Semantan, Bazar Ramadan Temerloh Jaya

Negeri Perak - Bazar Ramadan Bazar Nenas Kg. Selabak

Negeri Pulau Pinang - Bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri, Bazar Ramadan Attakwa Taman Bertam Indah, Bazar Ramadan, Bazar Ramadan Kampung Melayu, Bazar Ramadan Masjid Daerah Barat Daya, Bazar Ramadan Iftar Ramadan Jalan Berangan Bkt Bntng 2021, Bazar Ramadan Bukit Gedung, Bazar Ramadan Taman Tun Sardon

Negeri Selangor - Bazar Ramadan Stesen LRT Cempaka, Pusat Sementara Penjaja/Bazar Ramadan Puncak Jalil

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Bazar Ramadan Taman Setiawangan dan Bazar Ramadan Jalan Raja Alang


sumber : sinarharian

Post a Comment

Previous Post Next Post