Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah bersiaran sejak 1946 sehinggalah sekarang. Masih utuh dan cuba memberikan yang terbaik dari segi penyiaran kepada semua rakyat Malaysia. Manakan tidak, kini RTM akan melancarkan siaran TV terbaru iaitu TV6 tidak lama lagi.
TV6 yang bakal dilancarkan kini masih lagi dalam tempoh percubaan. Siaran ini boleh ditonton bermula 7 pagi hingga 12 malam di saluran myFreeview 113. Ianya telah bermula sejak 1 Mac yang lalu. Untuk platform lain, ianya masih tidak disediakan sekali pun melalui Astro, Unifi TV atau striming di RTMKlik.
TV6 Bakal Dilancarkan
Buat masa ini, masih tiada lagi tarikh rasmi bila ianya diperkenalkan secara rasmi. Setakat ini juga saluran ini menayangkan koleksi program TV klasik dan retro milik RTM.
Kami baru dalam tempoh percubaan channel ni.. Baru 5 hari sekali ngan hari ni..Nantikan lagi banyak content retro & evergreen kat TV6 okay :)
— RTM Malaysia (@RTM_Malaysia) March 5, 2021
Rata-rata komen daripada pengguna media sosial terujua dengan pengenalan siaran TV6 ini, lagi-lagi dengan tayangan program tv klasik. Ada yang mahukan cerita-cerita lama dahulu disiarkan kembali di saluran ini seperti cerita Opah, Moero Attack, Gaban, X-files, Beverly Hills dan banyak lagi.
Setakat ini, RTM sudah menyediakan 3 saluran utama di tv iaitu TV1, TV2 dan TV Okey disamping 4 saluran tambahan secara online di RTMKlik iaitu Berita RTM, TV Sukan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Anda boleh tonton secara online kesemua channel ini di rtmklik.rtm.gov.my