Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan penawaran diskaun sebanyak 50% ke atas sama-saman yang terpilih bermula 25 Mac hingga 11 April 2021 iaitu pembayaran melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman yang baru diperkenalkan baru-baru ini.
Tawaran diskaun ini dibuat sempena Hari Polis Ke-214 yang diperingat setiap 25 Mac setiap tahun. Selain itu juga, pihak PDRM telah memperkenalkan dan merasmikan pelancaran portal dan aplikasi mobile MyBayar Saman bagi memudahkan urusan melunaskan kompaun sama trafik secara online (dalam talian).
Tawaran Diskaun 50% Saman Polis
Jadi sehingga 11 April 2021, orang ramai boleh dapatkan diskaun 50 peratus bagi bagi beberapa kesalahan yang boleh dilunaskan pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang caj. Walaubagaimanapun, tawaran diskaun ini tidak terpakai untuk beberapa kesalahan utama trafik seperti :
- Melanggar lampu isyarat merah
- Memandu melebihi had laju ditetapkan
- Memotong garisan berkembar
- Menggunakan telefon semasa memandu DAN
- Memandu di lorong kecemasan
Cara Semak Dan Bayar Saman Menggunakan MyBayar Saman
Jadi orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian MyBayar Saman dengan layari portal rasmi mybayar.rmp.gov.my atau download aplikasi di Play Store atau App Store.
Langkah 1) Layari portal rasmi MyBayar Saman dan daftar terlebih dahulu pada bahagian "New User Sign Up"
Langkah 2) Kemudian daftar seperti biasa dengan masukkan maklumat peribadi sehingga berjaya terutamanya pada nombor kad pengenalan.
Langkah 3) Jika sudah selesai, anda perlu Login terlebih dahulu dengan masukkan User ID (No. IC) dan juga password yang telah ditetapkan sebentar tadiLangkah 4) Anda akan dibawa kepada halaman utama. Disini akan dipaparkan segala kesalahan trafik PDRM jika ada. Kalau ada, anda boleh lunaskan kompaun tersebut terus dari portal tersebut dengan buat pembayaran secara online. Jika tiada, alhamdulillah!