Pihak Majlis Keselamatan Negeri (MKN) telah mengeluarkan SOP penuh bagi operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri untuk negeri dan wilayah yang berada dibawah arahan PKPB dan PKPP sepanjang bulan Ramadan 2021M / 1442H.
Kerajaan telah mengumumkan sebelum ini dimana bersetuju membenarkan pengoperasian Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri untuk tahun ini. Jika tahun lepas, tahun 2020 buat pertama kalinya tiada bazar ramadan kerana negera dilanda pandemik COVID-19 yang teruk ketika itu.
Kini seperti keadaan mula terkawal dan kes jangkitan menunjukkan trend penurunan dan oleh sebab itulah kali ini rakyat dibenarkan semula untuk berniaga atau membeli serta dibenarkan bazar kembali beroperasi dengan SOP yang ketat.
SOP yang dikeluarkan adalah seperti dibawah
SOP Operasi Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Untuk Tahun 2021
Justeru itu, pihak MKN telah mengeluarkan SOP penuh bagi negeri-negeri dan wilayah di PKPB disini serta negeri di PKPP disini.
Waktu Operasi & Konsep Jualan
- Bazar Ramadan (3.00 petang - 8.00 malam)
- Makanan & Minuman sahaja
- Bazar Aidilfitri (10.00 pagi - 12.00 tengah malam)
- Barangan kering sahaja
Kawalan Kemasukan Pengunjung
Antara SOP yang ditetapkan adalah:
- Kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter
- Tempat beratur dengan jarak 1 meter ditanda
- Penaiga dan pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di bazar
- Hand Sanitizer disediakan di pintu masuk adn dipastikan penggunaanya sebelum masuk
- Peniaga diwajibkan menyediakan kemudahan QR code Mysejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan
- Pelanggan diwajibkan check in menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon.
- Peniaga dan pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C adalah tidak dibenarkan masuk
Etika Pemakaian (Pelesen & Pembantu/Pekerja)
Pekerja juga perlu patuhi SOP pemakaian ketika berada di bazar iaitu:
- Memakai Pas Khas yang dibekal oleh penganjur
- Diwajibkan memakai pelitup muka
- Digalakkan memakai face shield
- Digalakkan memakai sarung tangan pakai buang plastik
- Diwajibkan memakai apron pakai buang plastik (Bazar Ramadan)
Kawalan Keselamatan, Lalulintas & Pembersihan
Penganjur juga perlu patuhi SOP yang ditetapkan seperti:
- Kawalan oleh DBKL/PBT, RELA dan Penganjur
- Tumpuan kepada laluan masuk/ keluar/ perimeter
- Pembersihan dan nyah kuman perlu dilakukan setiap hari
Tindakan Penganjur
- Menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan maklumat susun atur, tanda jarak dan tunjuk arah
- Menentukan kedudukan petak gerai di lokasi perniagaan
- Memasikan pematuhan kawalan peniaga dan pengunjung
- Memastikan pematuhan SOP MKN.
Tindakan DBKL/PBT
- Menentukan kedudukan lokasi (Tapak) Bazar Ramadan/ Bazar Aidilfitri
- Memantau Pematuhan SOP MKN dan Kesihatan Makanan secara berterusan
- Menutup Gerai berkaitan/ Bazar jika GAGAL patuhi SOP
sumber : MKN