Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 Boleh Dimohon Bermula 1 April. Ini Caranya!

Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 Boleh Dimohon Bermula 1 April

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan beberapa hari yang lepas dimana permohonan bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 boleh dibuat mulai 1 April 2021 melalui secara online.

Bagi terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempata, melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Kerajaan sekali lagi memperkenalkan bantuan atau Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 (pula).

Ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar mereka mampu untuk bergerak semula dengan perniagaan mereka di dalam tempoh yang mencabar ini akibat pandemik COVID-19 dan disusuli dengan keadaan dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan.


Cara Mohon Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0

Ini merupakan bantuan kali ke 3 bagi PKS mikro sejak tahun 2020. Kali ini setiap PKS mikro yang layak akan menerima bantuan one-off GKP 3.0 sebanyak RM1000.

Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan menerima bantuan RM1000 ini tanpa perlu membuat permohonan semula. Manakala bagi PKS mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini, permohonan boleh dibuat bermula 1 hingga 15 April 2021 (15 hari).

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) melalui Portal GKP atau klik pautan dibawah

MOHON DISINI/button

Bagi PKS mikro yang tidak lulus dan belum menerima GKP sebelum ini juga masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk semakan semula

Syarat Kelayakan

PKS mikro yang layak untuk GKP 3.0 ini adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setakat 28 Februari 2021.

Pembayaran Dibuat

Seperti yang dimaklumkan Kementerian Kewangan, pembayaran GKP 3.0 akan mula dibuat pada bulan Jun 2021 yang dijangka akan memanfaatkan hampir 1.2 juta PKS mikro.

Untuk maklmat lanjut, pemohon boleh merujuk FAQ yang telah dimuat naik di portal rasmi GKP atau klik disini.


sumber : MOF

Post a Comment

Previous Post Next Post