Disini anda boleh dapatkan 10 pilihan laptop terbaik untuk tahun 2021 dengan tanda harga bawah RM3000. Mengikut bajet anda dan sesuai untuk golongan pelajar, guru, pengajar sehingga golongan profesional.
Senarai ini melibatkan beberapa jenama utama seperti Acer, Lenovo, HP, Dell, Asus dan banyak lagi. Tetapi ianya tidak melebihi RM3000 iaitu harga sekitar RM2500 dan keatas. Dengan tanda harga tersebut, telah ditetapkan beberapa kriteria yang mana barulah anda sebagai pengguna berbaloi nak beli laptop-laptop tersebut, antaranya ialah :
- Mesti menggunakan SSD
- Prosesor sekurang-kurangnya Intel Core i3 atau Ryzen 5
- Harga tidak lebih RM3000
BACA : 5 Laptop Terbaik Bawah RM2000 Bagi Tahun 2021 Sesuai Untuk Student Universiti
Senarai 10 Laptop Terbaik di Malaysia Tahun 2021 Dengan Harga Bawah RM3000
Dalam senarai ini juga disediakan tanda harga semasa artikel ini diterbitkan (tidak melibatkan promosi atau sebagainya). Juga disediakan link pembelian jika berminat dengan laptop tersebut.
#1. Asus VivoBook 14
Sebuah laptop terbaik jenama Asus dengan movel VivoBook 14 M413D-AEB454TS memberikan penjanaan kuasa daripada AMD Ryzen 7 3700U. Ini pastinya sedikit sebanyak mampu untuk menjalankan perisian dengan lebih cekap walaupun hanya bersama integrated graphic card sahaja. Selain itu, laptop ini didatangkan dengan saiz skrin 14 inci Full HD, 8GB RAM beserta 512 SSD.
Laptop ini boleh katakan agak ringan iaitu hanya seberat 1.4 kg sahaja. Tempoh hayat bateri adalah sebesar 42 WHrs sahaja antara yang terkecil dalam senarai ini. Jika anda beli dengan link dibawah, anda peroleh 2 tahun warranty iaitu dengan harga RM2,899 sahaja
#2. Acer Swift 3
Dengan model Swift 3 SF314-42-R8A9 anda akan dapat sebuah laptop ringan iaitu seberat 1.2 kg sahaja. Jadi ianya sangat sesuai untuk mereka yang selalu mobile seperti pelajar dan guru. Laptop Acer ini dikuasakan dengan AMD Ryzen 5 4500U bersama-sama integrated AMD Radeon Graphic.
Laptop ini bersaiz 14 inci Full HD dengan resolusi 1920x1080, 8GB RAM dan 512 SSD. Ketahanan bateri pula antara yang tertinggi dalam senarai ini iaitu selama 11 jam dengan kuasa 65 WHrs. Dengan harga RM2,799, anda akan dapat warranty 2 tahun.
#3. Acer Aspire 3
Laptop ini sesuai bagi mereka yang mahukan skrin lebih besar. Ini kerana Acer Aspire 3 A315-57G-57L2 menyediakan saiz skrin sebesar 15.6 inci dengan resolusi Full HD. Selain itu ianya dikuasakan dengan prosesor Intel Core i5 generasi ke-10. Tambahan pula dengan adanya graphic card, NVIDIA GeForce MX330 2GB membolehkan pengguna menjalankan perisian berat atau bermain game dengan baik.
Walaupun hanya diberi 4GB RAM tetapi boleh dinaik taraf sehingga 20GB RAM. Manakala storage diberikan 512 SSD. Walaupun spec semua cantik tetapi laptop ini agak berat iaitu 1.9 kg. Harga sekitar RM2,499 dan dapat 3 tahun warranty.
#4. HP Laptop S15
Laptop HP 15S-DU2131TU menggunakan Intel Core i3 generasi ke-10. Laptop ini juga mempunyai saiz skrin yang besar iaitu 15.6 inci dengan resolusi HD sahaja (1366x768). Spesifikasi lain iaitu 8GB RAM, 512 SSD dan bateri sebesar 45 WHrs. Tetapi ianya sebuah laptop yang agak berat iaitu seberat 2.5 kg.
Dengan tanda harga RM2,999 anda boleh dapatkan di Shopee beserta 2 tahun warranty daripada pihak HP.
#5. Dell Inspiron 5
Seterusnya adalah laptop dari jenama Dell iaitu dengan model Inspiron 5 3505 R5825SG. Laptop ini sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet kurang daripada RM2,500. Walaupun murah sikit, ianya dikuasakan dengan prosesor yang baik iaitu Ryzen 5 3500U. Saiz skrin yang besar, 15.6 inci Full HD bersama-sama 8GB RAM. Laptop ini hanya disediakan memori sebesar 256 SSD sahaja.
Dengan harga RM2,499, anda peroleh 1 tahun warrany daripada pihak Dell.
#6. Lenovo IdeaPad 3
Senarai seterusnya adalah dari jenama Lenovo dengan model IdeaPad 3 81WE00QBMJ. Laptop ini dikuasakan dengan Intel Core i5 generasi ke-10. Ianya juga disertakan dengan graphic card NVIDIA GeForce MX330 2GB. Selain itu, saiz skrin 15.6 inci Full HD tetapi hanya dibekalkan dengan 4 GB RAM sahaja dan juga 512 SSD.
Untuk harga pula, anda hanya perlu laburkan bermula RM2,699 sehingga RM2,998 untuk 2 tahun international warranty.
SHOPEE/button atau SHOPEE/button
#7. Huawei MateBook D14
Laptop Huawei Matebook D14 memberikan pengalaman menggunakan sebuah laptop yang baik dari segi reka bentuk kerana ianya seakan MacBook yang harga beribu-ribu. Tetapi Huawei ini kurang dari 3k. Ianya menggunakan AMD Ryzen 7 37000U keluaran 2019. Ini antara laptop dengan skrin 14 inci paling cantik apabila skrin resolusi 2160x1440 atau 2K tau.
Selain itu, spesifikasi lain seperti 8GB RAM, 512 SSD dengna berat 1.49 kg sahaja. Bateri pula sebesar 56 WHrs. Harga laptop ini ialah RM2,999 untuk 2 tahun warranty.
#8. Asus Vivobook 15
Jika pada awal tadi kita tengok Asus VivoBook bersaiz 14 inci. Kali ini merupakan saiz yang sedikit besar iaitu 15.6 inci Full HD tetapi harga lebih murah. Model A516J-PEJ062TS ini menggunakan cip pemprosesan Intel i5-1035G1 bersama-sama graphic card NVIDIA GeForce MX330 2GB. Disertakan juga 4GB RAM dan 512 SSD Memory. Harga adalah RM2,799 dengan 2 tahun warranty
#9. HP Pavilion X360
Dalam banyak-banyak senarai, HP Pavilion X360 14 ini merupakan kategori lain iaitu 2-in-1 laptop. Ini bermakna, anda boleh gunakan sebagai laptop dan juga tablet yang bersaiz 14 inci Full HD (1920x1080). Jadi ianya mempunyai ciri touch screen. Integrated graphic card menggunakan teknologi terbaru iaitu Intel Iris XE.
Masih menawarkan RAM sebesar 8 GB dan 512 SSD. Manakala beratnya hanya 1.5 kg dengan kuasa bateri 43 WHrs. Harganya ditawarkan RM2,999 untuk 2 tahun warranty. Jadi untuk mereka yang bekerja perlukan skrin sesentuh, laptop 2-in-1 ini sesuai untuk anda.
#10. Lenovo ThinkPad E15
Laptop terkahir terbaik untuk tahun 2021 dengan harga bawah RM3,000 adalah Lenovo ThinkPad E15 Gen 2. Skrin laptop ini boleh dibuka sehingga 180°. Ianya menggunakan cip pemprosesan Ryzen 5 4500U berserta 8GB RAM dan 256 SSD sahaja. Saiz skrin pula sebesar 15.6 inci FHD. Dengan harga RM2,799 anda hanya diberi setahun sahaja warranty.
Semoga bermanfaat...