Tiada Lagi Negeri PKP. 8 Negeri PKPB dan Selebihnya PKPP Bermula 5 Mac Ini

Tiada Lagi Negeri PKP. 8 Negeri PKPB dan Selebihnya PKPP Bermula 5 Mac Ini

Melalui sidang media harian daripada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tiada lagi negeri berada di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 5 Mac hingga 18 Mac 2021.

Keputusan ini dipersetujui dalam mesyuarat MKN selepas penilaian risiko yang dibuat oleh KKM untuk tempoh 14 hari sebelum ini. Jadi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Kelantan akan berada di bawah arahan PKPB bermula 5 Mac ini untuk tempoh 14 hari. Untuk Sarawak pula dilanjutkan tempoh PKPB sehingga 15 Mac 2021.

Manakala Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Putrajaya dan Labuan pula akan berada di dibawah arahan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) juga bermula 5 Mac hingga 14 Mac 2021. 

Tiada Lagi Negeri PKP. 8 Negeri PKPB dan Selebihnya PKPP Bermula 5 Mac Ini

Pergerakan Rentas Daerah dan Negeri

Selain daripada pengumuman status negeri PKP, PKPB dan PKPP, Ismail Sabri juga mengumumkan dimana pergerakan rentas daerah dalam negeri dibenarkan berkuatkuasa pada 5 Mac 2021 untuk semua negeri. Walaubagaimanapun negeri Sabah sahaja masih tidak dibenarkan rentas daerah setakat ini. Manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan walaupun dalam negeri berstatus PKPP.


Pergerakan rentas antara Selangor (PKPB) ke Kuala Lumpur (PKPB) adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun pergerakan dari Selangor atau KL ke Putrajaya masih tidak dibenarkan kerana Putrajaya berstatus PKPP. Ini bagi melindungi WP Putrajaya dari penularan COVID-19. - MKN

rentas daerah dibenarkan bermula 5 mac

Selain itu juga, semua majlis rasmi atau tidak rasmi (kerajaan/swasta), majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan/pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat & lain-lain majlis sosial dibenarkan berlangsung juga berkuatkuasa pada 5 Mac 2021. 

Tetapi had kehadiaran yang ditetapkan adalah kawasan PKPB sebanyak 50% keluasan premis dan PKPP mengikut keluasan premis.

Walaupun keadaan ini, pastikan kita sentiasa patuhi segala SOP yang ditetapkan. Jangan lupa untuk pakai facemask, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal 1 meter. Perang melawan COVID-19, kita pasti menang!


Post a Comment

Previous Post Next Post