Bakal Meletop! Saksikan Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria

Sebuah lagi karya Siti Rosmizah bakal dikeluarkan dalam bentuk drama iaitu Rindu Awak Separuh Nyawa yang akan mula bersiaran pada 23 Mac 2021 di Astro Ria melalui Slot Megadrama. Adakah juga bakal fenomena selepas ini?

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa merupakan sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Siti Rosmizah yang telah mendapat antara best seller pada tahun 2016. Drama ini dikatakan akan meletop sama seperti ketika siri drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang mendapat sambutan yang hebat ketika ianya ditayangkan sebelum ini.

Lebih istimewa, drama ini turut menampilkan OST tersendiri dengan tajuk yang sama 'Rindu Awak Separuh Nyawa' nyanyian Vanessa Reynauld dan Naqiu yang juga ditulis sendiri oleh penerbit drama ini, Siti Rosmizah.

Barisan Pelakon

Tanpa pelakon apalah guna sesebuah karya. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat untuk watak utama iaitu Syukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan dan Fizo Omar. Selain itu, turut dibantu oleh Norren Iman, Aida Khalida, Khairil Anwar Aman, Rahim Jailani, Fiza Thomas, Norkhiriah, Aleza Shadan, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi

Watak

  • Syukri Yahaya sebagai NAZRIL NAZIM
  • Uqasha Senrose sebagai KASIH MAISARA
  • Norreen Iman sebagai QISTINA
  • Marsha Milan sebagai NURUL HUDA
  • Fizo Omar sebagai AIDIL
  • Aida Khalida sebagai PUAN NORIDA
  • Khairil Anwar Aman sebagai DATUK RAQIB
  • Rahim Jailani sebagai DATO HALIM
  • Fiza Thomas sebagai SALLY
  • Norkhiriah sebagai KAK MUNAH
  • Aleza Shadan sebagai ESAH
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai JAH KELIP

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria

Produksi

Drama ini mendapat sentuhan daripada pengarah hebat, Along Kamaludin. Manakala Siti Rosmizah sendiri sebagai penerbit bersama-sama syarikat penerbitan beliau SR One Sdn. Bhd. Tidak cukup dengan itu, beliau juga bertindak sebagai penulis skrip bersama-sama Rozie Rashid dan Amka Ahmad.

Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan Kasih Maisara (Uqasha Senrose) yang menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan ayahnya merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil (Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka terjadi apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini.

Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda (Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa.

Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka? Saksikan nanti di Astro Ria

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria

Waktu Tayangan

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa bakal bermula pada 23 Mac ini untuk 40 episod. Ianya akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria (124) dan Ria HD (104). Bagi mereka yang tidak sempat menonton di TV, anda masih boleh saksikan melalui tayangan On Demand atau aplikasi Astro Go.

Tonton Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4


Saksikan Tayangan Perdana Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Post a Comment

Previous Post Next Post