Setiap bulan, pihak Foodpanda akan sediakan beberapa voucher, promo code dan sebagainya untuk semua penggunanya menggunakan kod tersebut bagi mendapatkan diskaun harga atau free delivery untuk setiap pembelian melalui aplikasi Foodpanda.
Kita sedia maklum, Foodpanda merupakan syarikat penghantaran makanan yang dipesan oleh pengguna dengan membuat tempahan makanan kepada vendor melalui platform aplikasi yang disediakan. Pengguna Android dan iOS boleh menggunakannya.
Dalam masa yang sama, Foodpanda juga akan menawarkan potongan harga bagi setiap tempahan dengan syarat mesti masukkan kod baucer yang disediakan. Setiap bulan kod ini boleh ditebus mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Jadi kepada pengguna yang sedang mencari kod baucer untuk bulan Mac ini, anda boleh lihat senarai kod yang disediakan dibawah. Kod-kod ini dikeluarkan berbeza mengikut bulan, jadi untuk bulan Mac, hanya boleh guna pada bulan Mac sahaja. Boleh guna untuk Pandamart, Pick-Up atau tempahan seperti biasa
Cara Tebus Voucer Code Foodpanda
Sebelum itu, kepada yang tidak tahu lagi cara untuk guna atau tebus kod baucer ini, anda boleh ikuti langkah mudah dibawah ini.
Langkah 1) Daftar akaun Foodpanda terlebih dahulu, jika masih belum daftar. Jika sudah, Login akaun Foodpanda seperti biasa.
Langkah 2) Buat pesanan seperti biasa makanan yang anda mahu. Jika sudah, klik "View Your Cart"
Langkah 3) Kemudian klik pada "Do You Have A Voucer?"
Langkah 4) Masukkan mana-mana kod baucer yang bersesuai dan klik "Apply"
Langkah 5) Jika berjaya, buat pembayaran seperti biasa.
Senarai Kod Bucer Foodpanda Untuk Tahun 2021
Sebelum anda menggunakan baucer atau kod promo yang diberi, pastikan anda memenuhi kriteria yang ditetapkan pada kolum "Valid For"
*klik pada gambar untuk lebih jelas
Untuk maklumat lanjut, pergi ke Foodpanda www.foodpanda.my/contents/deals