Kerajaan mengumumkan pemberian vaksin COVID-19 akan diberi kepada semua orang Malaysia secara percuma. Ini termasuklah semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia seperti diplomat, ekspatriat, pelajar, pasangan dan anak bukan warganegara, pekerja asing dan juga pemegang kad UNHCR.
Walaubagaimanapun, keutamaan pemberian vaksin adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Oleh itu, segala maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warga asing akan diumumkan kelak.
Vaksin COVID-19 Untuk Semua
Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dikongsikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin keputusan ini dibuat adalah selari dengan tema Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu "Lindung Diri, Lindu Semua"
Cabinet has decided that foreign citizens residing in Malaysia will receive COVID-19 vaccines free under the National Immunisation Programme. This will include diplomats, expatriates, students, foreign spouses & children, foreign workers & UNHCR card holders. pic.twitter.com/jWiZb3nIQ4
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 11, 2021
Tambahan lagi dalam kenyataan tersebut juga memberitahu, keputusan ini dibuat adalah kerana akses bekalan vaksin COVID-19 yang diperolehi Malaysia adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara Malaysia yang layak menerimanya.
Selain itu beberapa faktor lain juga diambil kira seperti rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing, kos rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19 yang tinggi, kerana layanan oleh sebahagian negara luar juga turut memberikan vaksin kepada warganegara Malaysia yang berada di negara tersebut dan beberapa faktor lain lagi.