Sekarang syarikat penghantaran J&T Express telah menyediakan satu fungsi buat pesanan dipanggil Smart Order. Erti kata mudahnya, anda boleh key-in alamat penerima terlebih dahulu di rumah dan tak perlu lagi nak sebut nama alamat ketika berada di drop point J&T.
Anda hanya datang di pejabat J&T untuk membayar pesananan anda sahaja. Segala maklumat telah disediakan melalui Smart Order dan anda hanya perlu tunjukkan Kod QR yang telah anda cipta daripada smart order ini. Sama seperti perkhidmatan Pos Laju (e-Connote) sebelum ini.
Jadi bagaimana caranya untuk menggunakan Smart Order J&T Express ini? Jom kita tengok cara-cara dan langkah mudah ini dibawah
Cara Menggunakan Smart Order J&T Express
Sebenarnya terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan fungsi "Smart Order J&T Express" ini iaitu melalui Facebook, WeChat, Website J&T dan juga aplikasi J&T Express. Tutorial kali ini, ditunjukkan menggunakan aplikasi J&T Express sahaja yang mana adalah lebih mudah dan pantas.
Terlebih dahulu, anda perlu download aplikasi J&T Malaysia di Google Play Store atau Apple App Store. Dalam langkah ini, paling penting sekali adalah nombor telefon.
Langkah 1) Sudah selesai install aplikas tersebut, buka aplikasi dan klik "Sign Up"
Jangan lupa masukkan referral code - eeuphc2ww
Langkah 2) Kemudian masukkan nombor telefon yang anda guna dan tetapkan username beserta password. Akhir sekali, klik pada "Get Code" untuk dapatkan verification code. Dah dapat, masukkan pada ruang yang disediakan dan tekan "Next"
Selesai untuk pendaftaran
Untuk mula buat pesanan
Langkah 3) Langkah seterusnya adalah membuat pesanan untuk masukkan maklumat anda (sender) dan juga penerima (recipient). Anda hanya perlu klik pada Single Order untuk 1 pesanan atau Bulk Order untuk pesanan yang lebih banyak.
Langkah 4) Seterusnya pada bahagian Sender, anda masukkan segala butiran anda seperti nama, nombor telefon dan alamat kediaman. Dah selesai, klik "Next"
Langkah 5) Pada bahagian Recipient pula, anda masukkan segala butiran penerima seperti nama, nombor telefon dan alamat kediaman. Jika sudah selesai, klik "Next"
Langkah 6) Pada bahagian Item pula, anda pilih Drop Off, kemudian pilih kategori barang anda dan masukkan nama barangan anda tersebut pada bahagian Description. Biarkan Insurance off (jika tiada), pilih regular, parcel untuk barang (atau dokumen) dan tetapkan berat barang anda tersebut dan pilih Paid by me.
Jika sudah lengkap semuanya, klik "Next"
Langkah 7) Jika sudah selesai, anda akan akan diberi Order Detail bersama-sama kod bar dan kod qr. Anda boleh semak sekali lagi segala maklumat yang diisi dan hanya dibenarkan untuk edit sekali sahaja.
Jika sudah lengkap, anda boleh mula pergi ke mana-mana cawangan J&T Express dan buat penghantaran/pesanan di kaunter. Anda hanya perlu tunjukkan kod QR tersebut sahaja dan buat pembayaran seperti biasa. Selesai!
Boleh dapatkan kod QR ini di aplikasi J&T pada tab "Status"