Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang dijadualkan akan tamat pada 4 Februari akan dilanjutkan untuk 2 minggu lagi iaitu bermula 5 Februari hingga 18 Februari 2021.
Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri di dalam sidang harian sebentar tadi.
PKP 2.0 ini melibatkan semua negeri di Malaysia kecuali negeri Sarawak yang masih berada di dalam tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga dalam tempoh yang sama iaitu sehingga 18 Februari 2021.
PKP Dilanjutkan
Oleh itu, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala aktiviti sosial dan pergerakan rentas negeri/daerah masih tidak dibenarkan mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM pada awal pengenalan PKP 2.0 sebelum ini.
Jika tiada perkara penting, duduk di rumah dan jika perlu untuk keluar sentiasa patuhi segala SOP yang ditetapkan. Sentiasa pakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan sabun dan amalkan penjarakan fizikal.