Hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul melalui Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan dimana pembayaran fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secare berperingkat mulai 24 Februari 2021.
Sebelum ini, dalam pembentangan pakej bantuan PERMAI, YAB Perdana Menteri adan mengumumkan dimana pembayaran Fasa 1 BPR dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021. Ini pastinya memberi nafas lega kepada penerima yang terkesan dikala pandemik dan arahan PKP berkuat-kuasa pada Januari yang lalu.
Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat
Bagi Fasa 1 ini, RM300 akan disalurkan bagi setiap penerima untuk kategori isi rumah dan RM150 bagi setiap seorang untuk individu bujang secara berperingkat mulai esok (rabu). Ianya melibatkan peruntukan berjumlah RM1.39 bilion.
Kaedah Bayaran
Kaedah ini terbahagi kepada mereka yang mempunyai akaun dan tidak mempunyai akaun bank serta penerima di Sabah & Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank.
Kategori Penerima | Permulaan Tarikh Pembayaran | Kaedah Pembayaran |
---|---|---|
Isi Rumah dan Individu Bujang | 24 Februari 2021 | Terus dikreditkan ke dalam akau bank |
Perima yang tidak mempunyai akaun bank | 25 Februari 2021 | Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank | 1 Mac - 1 April 2021 | Lokasi akan diumumkan |
Sepatutunya pembayaran Fasa 1 ini dibuat pada Mei, tetapi ianya dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021. Walaubagaimanapun, tarikh tutup bagi pendaftaran baru atau kemaskini maklumat BPR masih dibuka sehingga 25 Februari 2021.
Untuk maklumat lanjut berkaitan status permohonan, soalan lazim (FAQ) dan sebagainya, anda boleh lihat di portal rasmi BPR iaitu www.bpr.hasil.gov.my
sumber : Kementerian Kewangan Malaysia