Mungkin lepas ni, barangan IKEA tidak duduk di ruangan rumah lagi, ini kerana IKEA akan memperkenalkan koleksi merchandise pula untuk mereka-mereka yang sukakan barangan minimalis seperti keluaran IKEA ini.
Menerusi laman web IKEA Malaysia, mereka akan memperkenalkan beberapa koleksi barangan (EFTERTRÄDA Limited collection) seperti pakaian, bag, botol, facemask dan macam-macam lagi. Ini semua dalam kategori barangan merchandise yang anda boleh beli dan bawa pulang selain daripada barangan rumah.
Barangan Merchandise IKEA
Sebenarnya merchandise ini bukanlah baru, ini kerana Jepun sebelum ini sudah menerima barangan ini terlebih dahulu. Jadi kini giliran untuk pasaran Malaysia pula.
Kategori pakaian, mereka ada hoodies dengan design logo IKEA dan barcode pada belakang dan hadapan seperti yang biasa kita lihat pada perabot mereka. T-shirt juga menggunakan design yang sama dengan warna putih. Selain itu, ada juga tuala mandi dengan pilihan warna putih dan kuning, botol minuman, tote bag dan banyak lagi.
Jualan barangan Merchandise ini akan dibuat bermula 4 Mac 2021 ini di semua gudang IKEA dan 11 Mac 2021 melalui website IKEA. Stok adalah terhad dan jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi IKEA ini semua.
Harga Jualan Di IKEA
- Hoodie - RM79.00
- T-Shirt - RM39.90
- Tote Bag - RM24.90
- Bath Towel - RM39.90
- Water Bottle - RM9.90
- Key Ring - RM5.90