Dine-in Kini Dibenarkan Mengikut Keluasan Meja Bermula 19 Februari Tapi Perlu Ada Penjarakan Fizikal

Dine-in Kini Dibenarkan Mengikut Keluasan Meja Bermula 19 Februari Tapi Perlu Ada Penjarakan Fizikal

Mesyuarat MKN hari ini bersetuju membenarkan aktiviti dine-in di kedai makan atau restoren adalah mengikut keluasan meja asalkan ada penjarakan fizikal 1 meter antara yang lain.

Pengumuman ini dibuat menerusi sidang media daripada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi berkaitan SOP bagi negeri-negeri dibawah arahan PKP, PKPB dan PKPP yang bermula pada esok hari, 19 Februari.

Jika sebelum ini, hanya 2 orang sahaja dibenarkan untuk 1 meja tetapi berkuatkuasa pada 19 Februari ini, kapasiti pelanggan pada satu-satu meja makan adalah berdasarkan keluasan meja makan itu sendiri, tetapi mesti ada penjarakan fizikal 1 meter antara pelanggan dan antara meja makan yang lain. 

SOP ini terpakai untuk semua negeri sama ada dibawah arahan PKP, PKPB dan PKPP.

Dine-in Kini Dibenarkan Mengikut Keluasan Meja Bermula 19 Februari Tapi Perlu Ada Penjarakan Fizikal


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post