Rakyat Malaysia hari ini boleh mula daftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejatera.
Untuk pengetahuan, sebahagian vaksin COVID-19 telah sampai di Malaysia. Malaysia telah menerima vaksin daripada pengeluar Phizer pada 21 Februari 2021 baru-baru ini. Ianya pastin menjadi lipatan sejarah bagi negera kita.
Sebelum itu, Kerajaan juga telah mengumumkan 5 kaedah bagi rakyat Malaysia mendaftar sebagai penerima vaksin iaitu melalui aplikasi MySejahtera, pendaftaran di website www.vaksincovid.gov.my, melalui talian hotline, pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta dan akhir sekali ,elalui program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar & pedalaman.
Jadi hari ini, melalui kemaskini terbaru, anda boleh mula buat pendaftaran penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Tetapi sebelum itu, pengguna perlulah download atau kemaskini aplikasi MySejahtera melalui platform Android atau iOS.
Cara Daftar Terima Vaksin COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera
Pastikan anda sudah kemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi 1.0.28. Baru lah ciri pendaftaran vaksinasi COVID-19 akan dipaparkan.
Anda masuk ke aplikasi MySejahtera, kemudian pergi pada bahagian Home. Anda klik pada pilihan "Vaksinani COVID-19". Kemudian pilih "Vaksin untuk ..."
Pada maklumat saya ini, pastikan segala maklumat anda tepat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan bagi menggunakan aplikasi MySejatera. Jika sudah, klik "Sahkan". Akhirnya tekan OK. Selesai!
Seterusnya, anda boleh lihat adakah anda tergolong dalam Fasa 1 yang akan menerima suntikan bermula Februari hingga Mac ini. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Fasa 1 akan mengfokuskan kepada petugas barisan hadapan terutamanya petugas KKM.
BACA : 3 Fasa Pemberian Vaksin COVID-19 Bagi Kumpulan Sasar
Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun tergolong dalam Fasa 3 yang akan bermula pada Mei 2021 ini sehingga Februari 2022 kelak. Yang penting daftar terlebih dahulu.