Berita baik kepada mereka yang memerlukan bantuan ini. Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) kini dibuka (bermula 15 Februri 2021) anda boleh mula buat permohonan sekarang melalui atas talian seperti yang ditunjukkan dibawah.
Bantuan khas ini dibuka khusus kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka bagi mengurangkan kos sara hidup, tanggungan dab sebagainya. Oleh itu, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mempelawa kepada mereka yang layak untuk memohon bantuan ini bagi mendapatkan bantuan secara one-off dengan jumlah maksimum sehingga RM5000 setahun bagi satu isi keluarga.
Cara Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)
Bantuan Khas ANIS ini perlu dibuat secara atas talian (online) dengan klik pautan dibawah. Pemohon perlu mencetak borang permohonan dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Pastikan sediakan dokumen yang lengkap, jika tidak permohonan tidak akan diproses. Permohonan boleh dihantar secara 3 kaedah iaitu :
- Emel daftaranis@gmail.com ATAU
- Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran ATAU
- Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor
Untuk kemaskini permohonan, anda boleh klik sini atau ingin buat semakan status permohonan boleh klik sini.
Dokumen Yang Diperlukan
Sebelum anda hantar borang permohonan, pastikan kesemua dokumen sudah lengkap. Antara dokumen yang perlu disediakan adalah :
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan.
- Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan anak istimewa
- Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
- Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja)
- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
- Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
- Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my
Syarat Dan Kelayakan
Antara syarat bagi melayakkan anda memohon Bantuan Khas ANIS adalah seperti berikut :
- Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
- Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor
- Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
- Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
- Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973
Senarai Jawatan Pegawai Pengesahan
Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan adalah seperti berikut:
- Ahli Parlimen / Senator.
- ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN.
- Penghulu / Ketua Kampung
- Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
- Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
- Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti