Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun telah disahkan positif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi (10 Jan 2021).
Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Pejabat Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui kiriman kenyataan media laman facebook rasmi.
YB Rina Harun telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam sebelum disahkan pada malam pada hari yang sama.
Sebelum ini, telah dilaporkan, Tok Pa juga telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.
Keadaan YB Rina Harun
YB Datuk Seri Rina telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11 pagi hari ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh KKM.
"Saya memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat" - YB Rina
Beliau juga akan pastikan semasa ketiadaan beliau, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa.
sumber : facebook rasmi KPWKM