Resepi Dan Cara Masak Nasi Ayam Mudah Menggunakan Air Fryer

Resepi Dan Cara Masak Nasi Ayam Mudah Menggunakan Air Fryer

Mungkin anda sedang mencari resepi nasi ayam dan anda boleh ikuti resepi dan cara masaknya disini. Lebih menarik lagi, cara masak kali ini menggunakan Air Fryer.

Perkongsian resepi nasi ayam ini membuatkan ianya lebih menarik apabila ayam digoreng menggunakan air fryer. Jadi menu ayamnya lebih sihat tanpa menggunakan minyak dan juga jimat masa. Manakala bagi nasi pula, dimasak seperti biasa.

Resepi dan cara masak ini dikongsikan oleh Noorain Abdul Rahman di facebook yang sehingga kini telah mendapat perkongsian lebih 400 share. Jadi jom kita tengok, resepi dan cara masak nasi ayam menggunakan air fryer

Cara Masak Nasi Ayam Menggunakan Air Fryer

Segala bahan-bahan yang diperuntukkan di dalam resepi ini adalah untuk 3 orang makan.

Bahan-Bahan:

  • Potongan ayam
  • Kical lemak manis
  • Sos tiram
  • Madu
  • Cili besar
  • Cili kecil
  • Tomato
  • Sup bunjut atau kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga
  • gula
  • garam

Cara Masak:

1.  Rebus ayam. Kosong tak payah tambah apa-apa. Rebus sehingga putih.

Air rebusan ayam ni jangan buang. Asingkan dalam 2-3 senduk untuk kisar dengan cili nanti. Bakinya nak buat sup nasik ayam.

Resepi Dan Cara Masak Nasi Ayam Mudah Menggunakan Air Fryer

2.  Kemudian perap ayam tersebut. Perap menggunakan kicap lemak manis, sos tiram dan madu

Resepi Dan Cara Masak Nasi Ayam Mudah Menggunakan Air Fryer

▸ Masak Nasi

3.  Basuh nasi dan masukkan air seperti biasa dalam periuk nasi

4.  Kemudian tumis dahulu butter, bawang merah, bawang putih dan halia.

Resepi Dan Cara Masak Nasi Ayam Mudah Menggunakan Air Fryer

5.  Kiub ayam dan daun pandas terus campak masuk ke dalam nasi. Ramas kiub terlebih dahulu bagi hancur dan larut dalam nasi. Akhir sekali masukkan bahan tumis tadi. Masukkan sedikit garam jika nak rasa masin sedikit. 

6.  Kacau rata dan masak seperti biasa

Resepi Dan Cara Masak Nasi Ayam Mudah Menggunakan Air Fryer

▸ Masak Ayam (guna air fryer)

7.  Ayam yang sudah diperap tadi masukkan dalam basket air fryer. Manakala baki sos perapan tu adalah kicap yang nak makan dengan nasik ayam nanti. 

8.  Menggunakan suhu 180°C untuk 10 minit, kemudian keluarkan dan terbalikkan ayam. Masuk semula untuk 10 minit lagi (menggunakan jenama Tefal)

Resepi Dan Cara Masak Nasi Ayam Mudah Menggunakan Air Fryer

BACA : Senarai Jenama Air Fryer Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Untuk Tahun 2021

▸ Kuah Cili

9.  Kisar 3 bahan iaitu cili besar, cili kecil dan tomato

10.  Masak di atas dapur sehingga cili kering sedikit. Tambahkan gula dan garam secukup rasa

Resepi Dan Cara Masak Nasi Ayam Mudah Menggunakan Air Fryer

▸ Sup Nasi Ayam

11.  Kalau ada sup bunjut lagi senang, tapi jika tiada, masukkan air rebusan bersama-sama 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga) dan separuh kiub ayam. Perasakan dengan garam dan masak sehingga mendidih

12.  Akhir sekali tunggu nasi dan ayam siap masak. Siap lah menu nasi ayam mudah dengan menggunakan air fryer.

Resepi Dan Cara Masak Nasi Ayam Mudah Menggunakan Air Fryer


Untuk dapatkan lagi lebih banyak menu dan resepi menggunakan Air Fryer, anda boleh dapatkan buku 77 Resepi Istimewa AIR FRYER di Shopee dengan harga RM20 sahaja. Boleh klik pautan dibawah

Beli Di Shopee/button/

resepi istimewa air fryer


sumber : facebook Resepi Air Fryer [Malaysia] daripada Noorain Abdul Rahman

Post a Comment

Previous Post Next Post