Resepi Daging Harimau Menangis & Sos Ala Thai

Resepi Daging Harimau Menangis Untuk Masak Sendiri Di Rumah

Sekarang kalau dapat daging ramai yang akan cuba resepi daging Harimau Menangis yang mana ianya boleh disediakan di rumah sahaja. Senang untuk disediakan.

Ianya kini menjadi antara menu atau resepi yang hit dan banyak dihasilkan. Di restoren pun banyak kedai yang mula menjual menu daging Harimau Menangis. Tapi dirumah pun anda boleh menghasilkannya.

Apa Itu Daging Harimau Menangis?

Sebenanrya Harimau Menangis adalah bahagian daging yang ada di belekang lembu dimana ianya daging paling lembut berbanding pada bahagian lain.

Namanya diberi 'Harimau Menangis' kerana bahagian tersebut tidak boleh dicapai oleh olah gigitan harimau kerana kedudukannya yang berada di celah tulang belakang lembu.

Disebabkan itulah, daging lembu yang paling empuk apabila di masak adalah pada bahagian tersebut yang juga digelar daging 'Harimau Menangis'

Masak Menggunakan Apa-Apa Daging Mengikut Resepi Daging Harimau Menangis

Jika dipasaran, daging Harimau Menangis yang sebenar sedikit mahal jika dibandingkan dengan daging-daging di bahagian lain lembu.

Tetapi untuk mengashilkan menu daging Harimau Menangis ini, sebenarnya anda boleh sahaja menggunakan apa-apa jenis daging lembu pun. Yang penting daging menjadi lembut, perapan dan sos ala thai dihasilkan dengan sempurna.

BACA : 'Harimau Menangis' Sudah Didaftarkan? Ikuti Penjelasan Pihak MyIPO Sendiri

Jika anda ingin rasa kelembutan sebenar daging Harimau Menangis, anda boleh dapatkan daging segar tersebut disini yang dijual secara online.

Resepi Daging Harimau Menangis

Wanita ini kongsikan, resepi mudah daging Harimau Menangis yang anda boleh masak sendiri di rumah sahaja.

Resepi ini lebih tumpukan kepada bahan perapan dan cara masak daging tersebut. Jadi jom kita tengok penyediaan daging Harimau Menangis bersama-sama dengan sos ala thai.

Bahan Perapan

  • 500 g (2 keping) daging (Striploin, Serloin atau Brisket) 
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
  • 1 sudu besar kecil garam
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar brown sugar.

Cara-Cara

  • Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perapkan. 
  • Perap selama 4 hingga 5 jam
  • Kemudian, daging-daging tersebut di salai diatas pan sahaja sehingga masak. Anda juga boleh bakar didalam oven atau gunakan sahaja periuk pemanggang ajaib
Resepi Daging Harimau Menangis

Bahan Sos Ala Thai

  • 6 ulas bawang putih ditumbuk
  • 10 biji cili api ditumbuk
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan nampla
  • 3 sudu brown sugar
  • 1 bawang merah hiris nipis
  • 2 biji cili api dihiris
  • 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
  • Sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara-Cara

Campurkan sahaja kesemua bahan ini dan siap untuk dimakan bersama dengan dagin Harimau Menangis. Siap!

Resepi Daging Harimau Menangis


sumber : @bimbimmm

Post a Comment

Previous Post Next Post