YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman sesuatu pada Isnin ini seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri melalui sidang media harian sebentar tadi.
Baru-baru ini tular, katanya Kerajaan akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar iaitu hanya melibatkan beberapa buah negeri. Namun begitu, MKN memberitahu semua poster & infografik MKN hanya dikeluarkan melalui platform rasmi MKN sahaja.
Dari itu, ramai sudah tertanya-tanya betul ke perkara ini? Bila akan diumumkan jika ianya sahih dan rasmi?
Jadi melalui Sidang Harian tersebut, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan tindakan yang akan dilaksanakan berhubungi situasi semasa jangkitan COVID-19 pada Isnin (11 Januari 2021)
Pengumuman Sesuatu Daripada YAB Perdana Menteri
Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, memberitahu:
- Kerajaan sedang memperhalusi dan menilai tindakan-tindakan yang perlu diambil segera bagi mengawal penularan wabak COVID-19
- Ini termasuklah mempertimbangkan SOP yang lebih ketat terutama melibatkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan.
Jadi selama 3 hari ini, kita hanya perlu tunggu sahaja tindakan seterusnya daripada pihak Kerajaan dan MKN berkaitan plan seterusnya.
Adakah anda bersedia jika diadakan semula PKP selepas ini?