Atas sebab peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Kelantan, hari ini Menteri Keselamatan mengumumkan dimana seluruh Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 Januari ini.
Sebelum ini, jika tidak Kelantan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bersama 5 lagi buah negeri. Tetapi hari ini melalui sidang harian, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan PKP akan dilaksanakan di seluruh Kelantan mulai 16 Januari hingga 26 Januari 2021.
Jadi dalam tempoh ini, Kelantan akan menggunakan SOP sama seperti PKP di negeri lain dan tiada rentas daerah dibenarkan.
Setakat 15 Januari, sebanyak 79 kes baru dilaporkan dan menjadikan kes aktif di negeri itu 808 kes. Hampir seluruh daerah di Kelantan kini sudah berada dalam zon merah kecuali Pasir Mas (zon jingga) dan Jeli (zon kuning). Selain itu juga, sejak Disember hingga 14 Januari, Kelantan antara negeri yang mencatatkan kluster rentas negeri tertinggi iaitu sebanyak 7 kluster.
PKP Di Beberapa Daerah Di Sarawak
Selain itu, Menteri Keselamatan juga mengumumkan terdapat 3 daerah di Sarawak akan diarahkan PKP iaitu daerah Sibu, Selangau dan Kanowit bermula 16 hingga 29 Januari 2021. Ini juga disebabkan peningkatan kes positif COVID-19 di daerah tersebut.