Inilah berita yang ditunggu-tunggu untuk rakyat Malaysia. Bermula 22 Januari 2021, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan operasi kedai makan dan restoren sehingga 10 malam.
Permintaan ini sudah dipinta oleh ramai ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua ini iaitu pada 13 Januari 2021. Negeri yang terlibat adalah Selangor, Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sabah.
Hari demi hari, rakyat mula luahkan permohonan mereka supaya SOP yang membolehkan pengoperasian kedai makan & restoren dilanjutkan dan bukan terhad sehingga 8 malam. Ini kerana PKP 2.0 kali ini sedikit berbeza kerana banyak sektor yang dibenarkan operasi seperti biasa tetapi mestilah mengikut SOP yang ketat.
Jadi mereka pulang petang dan kadang kala sehingg malam. Jadi disebabkan itu, ada antara pekerja yang tidak sempat untuk dapatkan makan malam kerana kedai dan restoren sudah tutup pada pukul 8 malam.
Kini Ianya Dilanjutkan Sehingga 10 Malam
Jadi menerusi pengumuman Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini memberitahu selepas berbincang dengan pelbagai pihak, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan operasi kedai makan dan restoren dikawan PKP sehingga 10 malam bermula 22 Januari 2021.
Walaubagaimanapun SOP hanya dibenarkan untuk take-away atau drive-thru sahaja. Masih tidak dibenarkan untuk dine-in di kedai makan.
Jadi diharap juga kepada orang ramai, keluar jika perlu sahaja. Jika ada masih lagi kesempatan, buat sahaja tempahan secara online dan biar penghantar makanan yang membawa makanan untuk anda. Elakkan keluar rumah ketika pandemik COVID-19 ini masih lagi belum settle.
Stay At Home!