Air Selangor mengeluarkan notis awal dimana akan berlaku gangguan bekalan air berjadual mulai 12 Januari 2021 yang melibatkan beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan di Wilayah Petaling.
Notis awal ini dikeluarkan menerusi siaran media dan dikongsikan di media sosial Air Selangor. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa pengalihan dan penyambungan paip baru berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam akan dilaksanakan bermula jam 9 pagi, 12 Januari 2021
Gangguan Bekalan Air Berjadual Bermula 12 Januari 2021
Berikutan kerja-kerja daripada pihak Air Selangor ini, sebanyak 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, 4 kawasan di Wilayah Klang dan 10 kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekala air berjadual iaitu bermula jam 9 pagi, 12 Januari 2021 hingga 9 pagi, 14 Januari 2021.
Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti gambar dibawah
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jawak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.
Oleh itu, Air Selangor menasihatkan para pengguna yang terlibat dengan kawasan-kawasan ini supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman sosial media Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram atau menerusi laman web www.airselangor.com