Sebelum anda membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ini, anda perlu ketahui siapakah yang layak membuat permohonan baru atau hanya kemaskini maklumat sahaja. Oleh itu, jom kita tengok.
BACA : Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Kini Telah Dibuka
➤ Permohonan Baru BPR 2021
Pendaftaran dan permohonan BPR 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan)
Antara mereka yang perlu membuat Permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5000 dan ke bawah
- Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA
- Pemohon Orang Kurang Upaya yang tidak tersenarai sebagai penerima e-bantuan JKM
- Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran akan dibuat secara automatik berdasarkan data di JKM.
Cara Buat Permohonan BPR 2021
Permohonan boleh dibuat dengan 2 cara iaitu:
i. Permohonan Secara Online
Permohonan BPR 2021 boleh dibuat di:
- Portal Rasmi BPR LHDNM bpr.hasil.gov.my dan klik "Permohonan Baru" atau
- Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat di telefon bimbit (Play Store | App Store)
Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi BPR LHDNM atau
- Cawangan LHDNM / Pust Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Penghantaran Borang BPR 2021 Yang Telah Lengkap
Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
40800 Selangor
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen Yang Perlu Disediakan Semasa Membuat Permohonan BPR 2021
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
- Anak Kandung
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Lahir
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BPR semasa permohonan secara dalam talian. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan BPR 2021.
Untuk ketahui maklumat lanjut berkaitan permohonan baru BPR 2021, klik sini
➤ Kemaskini Permohonan BPR 2021
Anda perlu membuat membuat permohonan baru jika sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda tidak wujud. Jika ada dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak peru membuat kemas kini maklumat BPR 2021. Kesemua data pada BSH sebelum ini, digunapakai semula dalam BPR 2021.
Untuk maklumat lanjut permohonan kemaskini permohonan, klik sini
➤ Cara Semak Status Permohonan BPR 2021
Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Semakan secara Aplikasi Mobile BPR: Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM