Untuk makluman, bayaran fasa kedua Bantuan Prihatain Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dilakukan mula 21 Januari 2021 termasuklah juga bagi pemohon baru sebelum ini.
Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kewangan, YBM Dato' Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz pada hari ini (13 Januari) seperti kenyataan yang dikeluarkan di facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 telah diumumkan melalui Pakej Kita Prihatin melalui YAB Perdana Menteri pada September 2020 yang lepas. Salah satu inisiatif bagi membantu rakyat adalah memperkenalkan sekali lagi bantuan kewangan secara one-off dikenali sebagai BPN 2.0.
Bantuan ini dibuka kepada golongan isirumah dan bujang dikalangan B40 dan M40. Untuk rujukan, agihan untuk fasa pertama telah dibuat pada Oktober 2020 yang lepas dan kini untuk fasa kedua pula.
Kategori Penerima
Agihan keseluruhan yang bakal diterima adalah seperti berikut:
Kategori Bujang
B40 (Pendapatan RM2000 dan kebawah) akan memperoleh RM500
M40 (Pendapatan RM2001 - RM4000) akan memperoleh RM300
Kategori Isi Rumah
B40 (Pendapatan RM4000 dan kebawah) akan memperoleh RM1000
M40 (Pendapatan RM4001 - RM8000) akan memperoleh RM600
Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0
Seperti makluman awal, BPN 2.0 fasa kedua akan dibuat akhir Januari 2021. Tapi seperti yang dimaklumkan Menteri, pembayaran akan dilakukan mula 21 Januari 2021 termasuk pemohon baru.
Semakan Permohonan Baru/Rayuan
Permohonan/rayuan yang lalu, boleh mula buat semakan kelulusan mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu di bpn.hasil.gov.my
Kaedah Bayaran
- B40 - 21 Januari 2021 (terus dikreditkan ke dalam akaun bank)
- M40 - 25 Januari 2021 (terus dikreditkan ke dalam akaun bank)
- Penerima tanpa akaun bank - 25 Januari 2021 (di cawangan BSN)
- Penerima di Sabah & Sarawak tanpa akaun bank - mulai awal bulan Februari - 1 April 2021 (lokasi akan diumumkan pada akhir bulan Januari)
Bantuan Prihatin Nasiona 2.0 akan memanfaatkan 10.6 juta penerima dengan peruntukan lebih RM7 bilion bagi kedua-dua fasa pembayaran ini
sumber : MOF