Jika terdapat ketuat pada kulit anda, sebagai alternatif, mungkin anda boleh guna 5 bahan ini untuk hilangkan ketuat tersebut.
Cara ini dikongsikan oleh seorang doktor di Twitter iaitu Dr. Irma Shida. Beliau kongsikan 5 alternatif bahan yang boleh digunakan bagi menghilangkan ketuat iaitu melalui bahan organik selain menggunakan laser di pusat kesihatan.
Ketua ini terjadi apabila kawasan kulit dijankiti virus HPV. Oleh sebab itu, kawasan tersebut akan menjadi keras serta terjadi bintik-bintik kecil. Banyak sebab yang membolehkan anda ketuat berlaku pada diri sepertinya dari keturunan, pemakanan, gaya hidup dan tahap kebersihan atau persekitaran.
5 Bahan Alternatif Untuk Hilangkan Ketuat
Kesemua 5 bahan ini mudah untuk anda dapatkan di pasaran. Jadi mungkin anda boleh cuba.
#1 - Cuka Epal
Cuka epal sebenarnya merupakan bahan asid dan ianya boleh membantu menangani HPV. Jadi ianya boleh menghilangkan ketuat dengan lebih cepat.
Caranya, anda boleh campur cuka epal dengan air, kemudian sapu campuran tersebut pada kawasan jangkitan 3 kali sehari dan buat secara konsisten. Mungkin terasa sedikit pedih kerana cuka tersebut.
#2 - Bawang Putih
Bawang putih juga boleh digunakan sebagai alternatif bagi menghilangkan ketuat. Sama seperti cuka epal, anda sampukan campuran bawang dan air pada bahagian ketuat tersebut setiap hari untuk 3 ke 4 minggu. Nanti jangkitan akan hilang sepenuhnya.
#3 - Buah Nanas
Bahan seterusnya adalah buah Nanas. Di dalam nanas mengandungi Bromelain. Ianya boleh melawan keradangan serta boleh pecahkan ikatan antara protein.
Untuk itu, anda sapu sahaja jus nanas pada ketuat atau sapu terus isi nanas pada jangkitan pun boleh. Pastikan anda lakukan setiap hari sehingga ianya hilang.
Walaubagaimanapun, keberkesanan kaedah ini masih lagi dikaji, tetapi ada beberapa orang yang kata ianya berhasil
#4 - Lemon
Lemon juga berkesan untuk menghilangkan serta mengeringkan sel ketuat. Selain itu, ianya juga bagus untuk detox dan terbukti berkesan untuk mereka yang nak kulit cantik.
Oleh itu, anda letak titisan jus lemon pada kapas dan sapu sahaja pada kawasan ketuat tersebut. Doktor memberitahu, cara ini pun terbukti berkesan untuk hilangkan ketuat selagi mana anda lakukan setiap hari.
#5 - Timun
Bahan terakhir yang anda boleh gunakan untuk hilangkan ketuat adalah timun. Dalam timun ada Salicylic Acid dimana ianya mampu membersihkan lapisan kulit dengan lebih mendalam. Salicylic acid tersebut akan sental semua sel kulit sampai ketuat tersebut hilang. Kemudian, sel kulit sihat yang baru akan tumbuh pada tempat yang kena ketuat sebelum ni.
#Tambahan
Untuk lebih mudah, anda juga boleh menggunakan Foot Spray yang mengandungi ekstrak timun seperti Kasuki Spray.
Ianya terbukti berkesan untuk matikan segala jenis kuman dan pastikan kaki segar sepanjang masa. Jadi pada mereka yang mempunyai masalah kaki berbau, boleh juga guna Kasuki Spray ini. Boleh membuatkan juga kaki anda wangi selain dapat menghilangkan ketuat jika dipakai secara konsisten.
sumber : @drirmashida