Selepas lebih sebulan tutup operasi, kini beberapa lokasi panggung wayang seluruh Malaysia akan dibuka semula bermula 16 Disember 2020 bagi pawagam GSC, TGV dan MBO.
Pada awal Disember yang lepas, GSC Cinemas telah mengumumkan 9 lokasi panggung wayang mereka akan mula beroperasi seperti biasa selepas ditutup sebelum ini. Kenapa hanya 9 sahaja? Ini kerana kebanyakkan lokasi yang belum mula beroperasi tersebut masih berada di dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jadi disebabkan itu, banyak lokasi lagi yang tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Walaupun ianya dibenarkan beroperasi, mereka perlu patuh arahan dengan mengikuti segala SOP yang ditetapkan sebelum ini ketika arahan PKPP lagi seperti penjarakan 1 kerusi di dalam panggung wayang dan waktu operasi.
Selain berita baik daripada GSC, pihak TGV Cinemas dan MBO Cinemas juga mengumumkan pembukaan semula panggung wayang mereka bermula 16 Disember 2020 ini.
Tidak cukup dengan itu, dengan pembukaan ini, antara filem yang ditunggu-tunggu akan ditayangkan iaitu Wonder Women 1984. Ianya hanya ditayangkan di panggung wayang terpilih sahaja. Nak tahu lokasi mana? Jom kita tengok.
Senarai Panggung Wayang Sertakan Tayangan Wonder Women 1984
Jadi jika anda ingin kembali menonton filem di panggung wayang atau menjadi yang terawal menonton Wonder Women 1984, anda kena la pergi ke senarai lokasi ini.
GSC Cinemas
- GSC Aman Central
- GSC Gurney Plaza
- GSC Sunway Carnival
- GSC Dataran Pahlawan
- GSC AEON Bandaraya Melaka
- GSC Alamanda Putrajaya
- GSC East Coast Mall
- GSC Mentakab Star Mall
- GSC CityOne Megamall, Kuching
Anda juga boleh buat tempahan awal di website GSC https://www.gsc.com.my/main/home
TGV Cinemas
- TGV Gurney Paragon
- TGV 1st Avenue
- TGV Bukit Mertajam
- TGV Seri Manjung
- TGV Mesra Mall
- TGV Taiping
- TGV Miri
Tempahan awal #WonderWomen84 boleh dibuat di website www.tgv.com.my/movies/wonder-woman-1984
MBO Cinemas
- MBO Central Square Sg Petani
- MBO Taiping Sentral
- MBO Melaka Mall
- MBO Kuantan City Mall
- MBO Kluang Mall
- MBO The Spring Kuching