Resepi Dan Cara Buat Burnt Cheesecake. Mudah Je Katanya!

Resepi Dan Cara Buat Burnt Cheesecake. Mudah Je Katanya!

Anda teringin mencuba burnt cheesecake untuk santapan di waktu petang? Anda boleh cuba resepi dan cara buat Burnt Cheesecake ini dengan penyediaan yang mudah dan simple sahaja.

Penyediaan kek mestilah kena dengan bahan-bahan dan cara membuatnya. Kalau tidak, kek tersebut tidak menjadi mengikut apa yang kita adunkan. Jadi anda perlu tahu sukatan, cara adunan dan sebagainya supaya kek menjadi dengan baik dan pastinya sedap.

Jika anda teringin untuk buat burnt cheese cake tapi tak tahu adunan, resepi dan cara penyediaan. Jangan risau, ada pengguna facebook Nurul Izwahida ada kongsikan resepi mudah untuk buat burn cheese cake. Perkongsian beliau setakat ini telah mendapat lebih 190 ribu share di facebook tau.

Jadi jom kita tengok resepi dan cara buat burnt cheesecake mengikut acuan dan perkongsian daripada beliau. 

Resepi Dan Cara Buat Burnt Cheesecake

Cara buatnya cukup mudah sahaja. Dengan 5 langkah sahaja, anda boleh sediakan Burnt Cheesecake yang sedap dan boleh dihidanngkan kepada tersayang.

Bahan-Bahan

  • 250 g cream cheese
  • 125 ml whipping cream
  • 1 sudu esen vanilla
  • 2 sudu besar gandum
  • 3 biji telur
  • 1/2 gula cawan

Resepi Dan Cara Buat Burnt Cheesecake

Cara Buat

Langkah 1 : Blend kesemua bahan-bahan yang disenaraikan

Resepi Dan Cara Buat Burnt Cheesecake

Langkah 2 : Kemudian masukkan ke dalam loyang dan air fryer dengan suhu 170°C selama 30 minit. Anda juga boleh menggunakan oven dengan suhu dan masa lebih kurang sama

Resepi Dan Cara Buat Burnt Cheesecake

Langkah 3 : Dah siap! tapi jangan potong dahulu

Resepi Dan Cara Buat Burnt Cheesecake

Langkah 4 : Lepas bakar, biarkan sejuk dalam 15 minit diluar, kemudian barulah masukkan ke dalam peti ais

Resepi Dan Cara Buat Burnt Cheesecake

Langkah 5 : Jika sudah sejuk, barulah boleh potong kek tersebut. Burn Cheesecake bersedia untuk dihidangkan

Resepi Dan Cara Buat Burnt Cheesecake


Post a Comment

Previous Post Next Post