Kepada pengguna Instagram, tahukah anda, sekarang DM Instagram dah ada theme tau. Anda boleh ikuti cara tukar tema tersebut disini.
Sebelum ini, Instagram ada lepaskan ciri tontonan movie atau tv show bersama-sama dengan kawan melalui video call. Kali ini satu lagi ciri baru yang diperkenalkan mungkin anda tak perasan.
Jika anda biasa guna Direct Message (DM) Instagram, anda mesti biasa lihat theme biasa je kan. Kali ini bagi menjadikan ianya lebih meriah, Instagram ada sediakan beberapa tema untuk anda ubah mengikut kemahuan anda.
Jadi lepas ni, DM Instagram ada tiada lah plain putih je kerana sudah boleh tukar warna, boleh tukar backgroud dan sebagainya. Jom tengok cara tukar theme DM Instagram dengan mudah sahaja.
Cara Tukar Theme DM Instagram
Pertukaran theme ini mudah sahaja. Lepas ni nampaklah cantik sikit kan.
Untuk bermula, anda pergi "DM Instagram" dan pilih mana-mana rakan anda. Lihat pada kanan atas (logo i) dan klik pada butang tersebut.
Kemudian cari "Theme" dan klik
Disini akan dipaparkan banyak theme yang tersedia dengan pertukaran warna tulisan, gambar background dan sebagainya. Ada tema TinyTAN, Love, Halloween, Tie Dye, Monochrome dan banyak lagi.
Dah siap! anda boleh tengok contoh seperti dibawah