MyRail5 telah diperkenalkan pada pembentangan Bajet 2021 ini bagi tujuan meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan Shuttle Timuran selain menggalakkan golongna ini menggunakan pengangkutan awam.
Secara ringkas, MyRail5 merupakaan pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 6 dan golongan OKU bagi perkhidmatan tren KTM Komuter Lembah Klang, Komuter Utara dan Shuttle Timuran (Kuala Lipis - Tumpat).
Pelaksanaan MyRail5 akan bermula pada 1 Januari 2021 dan anda boleh mula buat pembelian atau daftar pas MyRail bermula 30 Disember 2020. Tempoh sah iaitu 30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari tarikh pembelian pas MyRail5.
Cara Daftar MyRail5
Jadi bermula 30 Disember ini, anda boleh mula mohon MyRail5 dengan harga RM5/sebulan di beberapa stesen yang terlibat untuk fasa pertama ini seperti :
- Bandar Tasek Selatan
- Batu Caves
- Kajang
- Kepong
- Klang
- KL Sentral
- Rawang
- Shah Alam
- Sentul
- Seremban
- Subang Jaya
- Sungai Buloh
- Tanjung Malim
Selain itu, anda juga boleh mohon secara online di pautan www.ktmb.com.my/myrail5
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6
- Golongan OKU
Proses Pendaftaran
Ada beberapa dokumen perlu dibawa ketika proses pendaftaran iaitu bagi pengguna baharu atau pengguna sedia ada
- Kad pengenalan
- Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6) atau;
- Kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi OKU)
Pengguna Sedia Ada - (KTM Komuter sektor Lembah Klang)
- Kad Pengenalan
- Kad Konsesi Komuter Link sedia ada
Pengguna Sedia Ada - (KTM Komuter Utara dan Shuttle Timuran)
Selain itu, ibu bapa atau penjaga dibenarkan untuk mendaftar bagi pihak mereka dengan syarat membawa dokumen seperti yang dinyatakan ketika membuat pendaftaran.
Untuk maklumat lanjut berkenaan MyRail5, anda boleh pergi ke www.ktmb.com.my/faq